Tidak benar RUU tahanan rumah untuk Najib, VVIP

PUTRAJAYA – Kerajaan menafikan dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) tahanan di rumah digubal untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun orang kenamaan (VVIP).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan bagi memulakan akta terbabit telah bermula seawal tahun lalu, selepas kerajaaan mahu melaksana peralihan pandangan daripada dasar ‘punitive’ kepada keadilan ‘restorative’.

Menurutnya, hasrat kerajaan adalah bagi memperkasa konsep keadilan untuk mengembalikan seseorang individu yang telah didapati bersalah kembali bersama komuniti.

“Kapasti penjara adalah sekitar 74,000 namun tahun lalu, terdapat 87,000 (banduan di penjara). Justeru, diadakan satu projek pilot di mana 5,000 telah menjalani proses yang boleh disebut sebagai rehabilitasi dalam komuniti. Ada di kalangan mereka dikenakan beberapa syarat kehadiran wajib dan ada beberapa dibebaskan awal.

“Kebanyakan di kalangan mereka yang mungkin disebut sebagai kes-kes tidak terlalu berat, tidak melibatkan pembunuhan. Niatnya untuk kita kurangkan kebarangkalian pelaku ini kembali ke penjara setelah dibebaskan,” katanya pada sidang media selepas pasca mesyuarat kabinet, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan bersesuaian iaitu rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat ditetapkan dan dipantau Pegawai Penjara.

Dalam pada itu, Fahmi Fadzil berkata, projek pilot itu dilihat memperoleh hasil positif apabila kajian membuktikan kadar residivism (melakukan jenayah berulang kali selepas bebas) telah turun sehingga ke 15 peratus.

Pada masa sama, jelasnya, Jabatan Penjara juga menikmati penjimatan sebanyak RM19 juta selepas projek tersebut dilaksana oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Untuk pastikan tahanan di rumah dilaksana, maka satu akta khusus perlu digubal dengan mengambil kira undang-undang sedia ada dan juga takrifan mengenai beberapa aspek mengenai tahanan, ini telah dibincang dari tahun lalu dan niatnya adalah selaras dengan apa kita sebut keadilan restoratif.

“Tiada kaitan dengan mana-mana individu namun bila kita melihat ekosistem secara keseluruhan, kita perlu berganjak sesuai mengikut zaman, banyak negara mengamalkan keadilan restoratif dan kita juga ke arah itu.

“Dapatan awal kita juga mendapati banduan ini boleh diterima masyarakat apabila mereka menghabiskan sisa penahan mereka dalam komuniti, selain dapat membantu mengurangkan kos beban serta tekanan kepada sistem sosial negara apabila dapat mengawal kadar residivism,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok