Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

KUALA LUMPUR – Sebarang perbincangan berkaitan pengiktirafan sijil pendidikan termasuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta memperkukuh bahasa Melayu dan Sejarah sebagai teras.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu UEC ialah soal masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penyatu negara.

“Bahasa menentukan siapa menguasai universiti, sektor awam dan ekonomi.

“Apabila bahasa Melayu dilemahkan, anak Melayu yang melalui aliran kebangsaan akan paling terkesan.

“… justeru sebarang pengiktirafan mesti berpaksikan Perlembagaan dan falsafah pendidikan kebangsaan dan penggunaan bahasa Melayu dan Sejarah wajib ada jika mereka mahu kerajaan mengiktiraf UEC,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvensyen Memperkasakan Pendidikan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Sekretariat Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ahmad Zahid berkata, bagi mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu masa depan, UMNO akan terus memperjuangkan usaha memastikan bahasa itu berkembang sebagai bahasa sains, teknologi dan pemikiran aras tinggi.

“Walaupun ia memerlukan pelaburan yang besar, langkah ini penting bagi menjamin kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berdaya saing.

“Bahasa Melayu hendaklah diperkasakan sebagai bahasa sains, teknologi dan pemikiran tinggi, yang memerlukan pelaburan dalam pembangunan bahan ilmiah, penghasilan kandungan digital serta latihan guru,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh