Ruji miliki misi jelas, mahu lonjak Sabah 5 tahun akan datang

KALABAKAN – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Datuk Ruji Ubi mempunyai misi jelas agar Sabah melonjak lebih jauh dalam tempoh lima tahun akan datang berlandaskan pengalaman panjang beliau dalam pentadbiran dan pembangunan negeri.

Beliau berkata, ke arah itu, beliau berharap agar rakyat negeri ini dapat memilih yang sebaiknya.

“Sebab itu yang penting kita ada misi yang jelas khususnya saya sendiri ada misi yang jelas.

“Kenapa besar awal dan kenapa kembali ke kampung?

“Sebab saya ingin mencurah pengalaman dan juga pengetahuan saya dalam bidang pembangunan, urusan sumber manusia dan juga pentadbiran dalam konteks negeri Sabah untuk masa-masa yang akan datang,” katanya semasa ditemui media pada Hari Penamaan Calon di SJK (C) Yuk Chin, pada Sabtu.

Mengulas dakwaan bahawa beliau adalah calon ‘heavyweight’ (berpengaruh dan berkreadibiliti) di Merotai, Ruji menyifatkan semua calon bertanding mempunyai peluang sama rata.

”Mungkin orang lain akan fikir begitu (heavyweight), sebab saya minta bersara awal untuk kembali ke kampung dan diletakkan di Merotai ada tujuan dan matlamat.

“Tapi apa yang penting adalah dari segi penjelasan dasar dan juga polisi kerajaan dan tengoklah rekod saya yang kebelakang semasa saya memimpin tiga kementerian dan satu agensi pusat yang mungkin boleh menjadi panduan kepada para pengundi untuk mengundi pada 29 November ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ruji turut menjelaskan bahawa sejak berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, beliau aktif turun ke seluruh negeri termasuk Merotai, Kalabakan dan Tawau.

“Jadi kalau disebut sebagai calon ‘heavyweight’, masing-masing kena menunjukkan komitmen ataupun apa yang kita ingin lakukan pada lima tahun akan datang.

“Inilah kampung saya dan saya mendoakan semoga orang Merontai terbuka hati untuk memilih saya untuk saya terus berkhidmat,” ujarnya.

Related Posts

‘Task force kesihatan’ di Tanjung Batu akan disegerakan – Dr Andi

TAWAU – Hasrat menggerakkan pasukan bergerak perubatan khusus untuk rakyat DUN Tanjung Batu akan dicapai dan disegerakan, kata penyandang muka baharu kerusi itu dari GRS, Dr Andi Md Shamsureezal. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN bebas beri sokongan kepada GRS bentuk kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas dipercayai memberi sokongan dalam membentuk kerajaan Sabah. Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16