‘Task force kesihatan’ di Tanjung Batu akan disegerakan – Dr Andi

TAWAU – Hasrat menggerakkan pasukan bergerak perubatan khusus untuk rakyat DUN Tanjung Batu akan dicapai dan disegerakan, kata penyandang muka baharu kerusi itu dari GRS, Dr Andi Md Shamsureezal.

Beliau berkata, penubuhan pasukan itu terdiri daripada doktor, jururawat dan ahli fisioterapi bakal bermula dalam tempoh dua bulan ini.

“Sudah pasti saya akan pastikan benda ni berjalan sesegera mungkin.

“Sebenarnya saya suda ada team cuma mau detailkan agi. Sebulan dua ni akan bermula,” katanya kepada media selepas diisyutihar sebagai penyandang kerusi Tanjung Batu PRN17 Sabah di Pusat Penjumlahan Undi empat DUN Parlimen Kalabakan SJK (C) Yuk Chin, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Andi turut menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas kerjasama pafu jentera dan penerimaan rakyat Tanjung Batu terhadap GRS berikutan kerusi Tanjung Batu merupakan kubu kuat BN.

“Alhamdulillah ini merupakan rampasan kerusi di kubu kuat BN dan ini pertama kali parti lain menang di Tanjung Batu.

“Saya harap lima tahun ini kita majukan Tajung Batu berdasarkan empat tomggak utama itu dan selain saya akan amanah, berintgriti dan dedikasi,” ujarnya.

DUN Tanjung Batu menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan majoriti 980 undi dimenangi Dr Andi (5,492 undi) mengalahkan pencabar terdekatnya dari BN, Samasuddin Yusop (4,511 undi), Ayuf Abd Rahman (Warisan – 3,228 undi) dan Ahmad Dullah (PN- 2,426 undi).

Sementara itu, penyandang, Rina Jainal yang mengukuhkan kerusinya di Kukusan itu menang atas tiket bebas bertekad membawa suara rakyat sejali gus membangun Kukusan dengan lebih baik.

“Saya berserah memang pilihan raya kali ini sengit apapun saya terharu bangga dengan team dan jentera serta Kukusan saya, walau masa begitu singkat menghadapi cabaran dengan isu hmpir tidak tercalon.

“Tapi dengan kekuatan semangat ini, saya betul-betul rasa dan lihat ini hikmah kepada perjalanan politik untuk terus kuat demi rakyat,” katanya.

Mengenai hala tuju politiknya selepas ini, Rina berkata, siapapun yang membentuk Kerajaan Sabah, beliau akan terus memberi sokongan demi kemajuan Kukusan.

Pada PRN17 Sabah, Rina berdepan 10 penjuru menang majoriti 650 undi meraih sebanyak 3,490 undi mengalahkan pesaing calon adik-beradik yang juga ‘veteran politik’ Ma’Mun Sulaiman dari Warisan (2,840 undi) dan Chaya Sulaiman (BN-1,588 undi).

Beliau turut mengalahkan Samsiah Usman (GRS-2,063 undi), Francis Lawrence@Yusop (PN-725 undi), Rahman Yahya (STARSABAH-125 undi), Hairul Amin @ Kenon (Bebas-119 undi), Razik Muyong (PIS-45), Ishak Ismail (PPRS-39 undi) dan Mariani Sulaiman (Anak Negeri-25 undi).

Related Posts

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

CYBERJAYA – Semua murid perlu dididik secara pragmatik untuk menjaga kebersihan termasuk membersihkan tandas di sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara