5 calon wanita menang dalam PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Seramai lima calon wanita berjaya meraih mandat pengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, sekali gus mengukuhkan kehadiran pemimpin wanita dalam Dewan Undangan Negeri.

Mereka ialah penyandang DUN Kukusan, Datuk Rina Jainal; penyandang DUN Matunggong, Datuk Julita Mojungki; Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan) di Usukan; Edna Jessica Majimbun di Inanam; serta Nurulalsah Hasan Alban (Warisan) di Sungai Sibuga.

Di Kukusan, Rina mengatasi saingan sembilan penjuru dengan majoriti 650 undi selepas memperoleh 3,480 undi. Beliau bertanding sebagai calon bebas susulan penggantungan keahliannya daripada Parti Harapan Rakyat Sabah.

Julita pula mempertahankan kerusi Matunggong dengan majoriti 334 undi. Setiausaha Agung PBS itu meraih 9,096 undi, menewaskan lima calon lain termasuk daripada PKS, KDM dan Warisan.

Di Usukan, calon Warisan Isnaraissah Munirah menewaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, dengan majoriti 442 undi dalam saingan enam penjuru. Beliau memperoleh 6,292 undi.

Sementara itu, Nurulalsah menewaskan empat pencabar lain di Sungai Sibuga dengan majoriti 88 undi.

Manakala Edna Jessica Majimbun turut mencatat kemenangan di kerusi Inanam dengan undi sebanyak 9,441 menewaskan 12 calon yang lain.

PRN17 Sabah menyaksikan 71 calon wanita bertanding, iaitu 11.9 peratus daripada keseluruhan 596 calon yang merebut 73 kerusi DUN kali ini.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan