RM264.91 juta bantu pekebun kecil hadapi musim tengkujuh

KERAJAAN akan meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun ini sebagai langkah membantu pekebun kecil yang terkesan akibat ketidaktentuan cuaca, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, sejumlah RM264.91 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program berkenaan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 330,000 penerima di seluruh negara, termasuk pekebun kecil di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

“Bantuan ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam membela nasib masyarakat luar bandar. BMT bukan sekadar bantuan kewangan secara sekali beri, malah merupakan talian hayat serta penyambung rezeki bagi pekebun kecil yang terjejas ketika musim hujan yang menggugat hasil tuaian.

“Inilah wajah sebenar keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap pekebun kecil yang menjadi nadi kepada pembangunan industri negara,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Program Tuisyen Rakyat anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), di ibu negara, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; dan Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ketidakstabilan harga komoditi serta cuaca yang tidak menentu saban tahun telah memberi tekanan besar terhadap hasil dan pendapatan pekebun kecil.

Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan program bantuan seperti BMT merupakan satu bentuk intervensi yang penting dalam dasar pembangunan luar bandar, bukan sahaja dari sudut sokongan ekonomi, malah sebagai pengiktirafan terhadap keringat dan sumbangan golongan pekebun kecil kepada negara.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang