Kad 30 Hari BAS.MY jimat hampir 57 peratus

KANGAR – Pengguna pengangkutan awam di Perlis kini boleh menikmati penjimatan hampir 57 peratus sebulan menerusi penggunaan Kad 30 Hari BAS.MY yang diperkenalkan kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kad perjalanan tanpa had itu ditawarkan pada harga RM50 sebulan untuk semua laluan perkhidmatan BAS.MY Kangar.

“Sebagai contoh, penumpang yang berulang-alik dari Kuala Perlis ke Kangar perlu membayar tambang RM2.90 sehala atau RM5.80 sehari.

“Untuk 20 hari bekerja, kos keseluruhan mencecah RM116 sebulan, tetapi dengan Kad 30 Hari BAS.MY mereka hanya perlu bayar RM50,” katanya.

Menurut beliau, inisiatif itu memberi kelegaan kepada golongan pekerja dan pelajar yang menggunakan bas setiap hari untuk ke tempat kerja atau institusi pengajian.

Katanya, pengenalan kad tersebut adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI untuk meringankan beban sara hidup rakyat melalui sistem pengangkutan awam yang mampu milik.

“Inisiatif ini bukan sahaja menjimatkan, tetapi diharap dapat meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam yang ketika ini masih rendah selepas pandemik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) atau BAS.MY Kangar di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Tambahnya, BAS.MY Kangar kini menawarkan sembilan laluan meliputi seluruh negeri Perlis termasuk sambungan ke Alor Setar, Kedah.

Kerajaan Persekutuan turut melabur sebanyak RM39.70 juta untuk tempoh lima tahun bagi memastikan kelangsungan dan keberkesanan sistem BAS.MY Kangar.

Dengan pelbagai penambahbaikan termasuk bas baharu, kemudahan tanpa tunai, serta tambang yang jauh lebih rendah, perkhidmatan itu diyakini mampu menjadi pengangkutan pilihan utama rakyat negeri ini.

Related Posts

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

KOTA KINABALU – Air mata, semangat dan perjuangan jadi saksi pengorbanan seorang suami, Jamri Herry, 40, apabila berusaha membawa pulang isterinya ke tanah air akibat jatuh sakit di Vietnam. Isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

DALAM keghairahan mengangkat isu rasuah sempena Himpunan Pekerja 1 Mei, sebahagian tuntutan yang dikemukakan dilihat gagal mengambil kira perkembangan semasa, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kerelevanan persepsi yang dimainkan. Antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul