RM16 juta untuk kereta YB Terengganu, rakyat dibiar terhimpit

KETIKA rakyat Terengganu mengeluh kos sara hidup meningkat, bantuan kebajikan dipotong, dan projek pembangunan masih menunggu kelulusan kerajaan pusat, tiba-tiba muncul keputusan luar biasa dari Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan pinjaman kenderaan mewah bernilai RM16 juta diluluskan untuk para wakil rakyat.

Berdasarkan dokumen rasmi bertarikh 29 Oktober 2025, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Menteri Besar, Speaker dan Exco dibenarkan membuat pinjaman sehingga RM200,000 setiap seorang bagi membeli kenderaan baharu.
Kononnya, ‘pinjaman kerja rasmi’. Tapi rakyat tertanya kerja untuk siapa?

Zuhud di mulut, mewah di garaj

Pas sering melaungkan nilai zuhud, tawaduk dan kesederhanaan. Namun keputusan ini mendedahkan wajah sebenar retorik agama di mulut, nafsu kemewahan di hati.

Menteri Besar dan Exco sudah pun menikmati kenderaan rasmi lengkap dengan pemandu, minyak dan servis percuma, tetapi masih menuntut ‘kemudahan tambahan’.

Lebih parah, tiada satu pun suara yang berani membantah di dalam DUN.

Semua tunduk, semua angguk seolah-olah kemewahan mereka kini lebih utama daripada amanah terhadap rakyat.

RM16 juta itu milik rakyat, bukan milik elit politik

Bayangkan RM16 juta ini boleh digunakan untuk:

Memberi 16,000 bantuan tunai RM1,000 kepada keluarga miskin,

Membaik pulih 400 rumah daif,

Menambah peruntukan Dana Raya atau bantuan anak sekolah yang semakin berkurang.

Tetapi Kerajaan Negeri memilih untuk ‘menambah koleksi kenderaan’, bukan ‘menambah kelegaan rakyat’.

Apakah ini makna sebenar Negeri Tadabbur, Negeri Zuhud yang mereka dakwahkan di mimbar setiap Jumaat?

Ketika kerajaan pusat bantu rakyat, kerajaan negeri bantu YB

Sementara Kerajaan Persekutuan menyalurkan SARA, BUDI95, STR, MyKasih dan i-Suri untuk membantu isi rumah yang terhimpit, Kerajaan Negeri pula sibuk menyediakan skim ‘Pinjaman Mewah YB’.

Retorik ‘pitih takdok’ terbongkar

Selama ini Pas Terengganu menuduh kerajaan pusat ‘menganaktirikan negeri’ dan ‘tidak beri dana secukupnya’.

Namun, keputusan ini membuktikan isu sebenar bukan dana tiada tapi keutamaan yang songsang.

Kalau betul ‘pitih takdok’, bagaimana boleh cari RM16 juta untuk pinjaman YB?

Atau adakah rakyat diminta berjimat supaya pemimpin boleh bermewah?

Suara rakyat: Batalkan enakmen mewah ini!

Rakyat Terengganu berhak bertanya:

Dari mana sumber dana pinjaman ini datang?

Adakah skim ini melibatkan dana pembangunan atau rizab negeri?

Siapa YB yang sudah mengambil pinjaman ini?

Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan agama untuk menutup kerakusan dunia.

Jika benar Kerajaan Negeri zuhud dan amanah, batalkan keputusan ini serta-merta.

Antara Tesla dan amanah

PAS Terengganu kini berdiri di simpang hipokrasi.
Di satu sisi, mereka menjerit “hidup sederhana, ikut sunnah”.
Di sisi lain, mereka berlumba menukar kereta baru bernilai ratusan ribu ringgit.

Ketika rakyat terpaksa menjual motosikal untuk beli susu anak, pemimpin mereka menandatangani pinjaman membeli kereta mewah.

Ketika rakyat bergantung kepada kerajaan pusat untuk kelangsungan hidup, pemimpin mereka bergantung kepada peruntukan negeri untuk kelangsungan gaya hidup.

“Kerajaan MADANI di Putrajaya bantu rakyat beli beras.

Kerajaan Pas di Terengganu bantu YB beli Tesla.

Di sinilah letaknya perbezaan antara mereka yang berkhidmat, dan mereka yang menumpang nama perjuangan untuk hidup mewah.”

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan