RM101,000 berjaya dirampas dalam sindiket dadah di Penampang, Kota Kinabalu



KOTA KINABALU – Sebanyak kira-kira RM101,000 berjaya dirampas dalam sindiket pengedaran dadah di Penampang dan Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Kasim Muda berkata kejayaan tersebut adalah hasil tangkapan dalam satu operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 27 Februari lalu.

“Berdasarkan maklumat risikan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, menahan seorang wanita yang membawa sebuah beg kertas di hadapan sebuah kenderaan jenis Proton Satria dipandu seorang lelaki di kawasan Api-api centre, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati beg kertas yang dibawa wanita berusia 25 tahun itu mengandungi dadah jenis syabu seberat 1,048.02 gram.

“Susulan tangkapan tersebut, pasukan serbuan telah menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Penampang dan berjaya merampas 2,110.03 gram lagi syabu.

“Keseluruhannya, jumlah rampasan dadah ialah 3,158.05 gram,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.

Menurut Kasim, sindiket itu dipercayai mengedar bekalan syabu dalam kuantiti yang banyak kepada pengedar untuk dijual dalam peket kecil mengikut permintaan di sekitar dua daerah terbabit.

Beliau berkata, dadah yang dirampas keseluruhannya dianggarkan mampu menampung keperluan lebih kurang 15,790 orang penagih dan sindiket itu dipercayai aktif sejak awal tahun 2024.

“Hasil saringan awal turut mendapati suspek wanita tersebut positif dadah jenis ketamin, methamphetamine dan amphetamine manakala suspek lelaki negatif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan,” kata beliau.

Sehubungan itu, Kasim berkata kedua-dua suspek direman mulai 27 Februari bagi membantu siasatan.

“Tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 turut diambil dengan penyitaan satu unit kenderaan jenis Proton Satria, tiga bentuk cincin, tiga utas jam tangan, wang tunai berjumlah RM1,066.

“Jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM326,109 dengan jumlah keseluruhan dalam kes ini adalah RM427,109,” jelasnya.

Related Posts

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

KULAI — Kerajaan terus memperkukuh agenda pendidikan inklusif apabila peruntukan sebanyak RM4.2 juta diluluskan bagi pembinaan bangunan tambahan di SJK(T) Ladang Kulai Besar, satu langkah signifikan bagi menampung pertambahan murid…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

ISKANDAR PUTERI – Negeri Johor terus mengorak langkah sebagai hab digital utama Asia Tenggara apabila projek pusat data JHB1 milik Digital Halo mencapai satu lagi pencapaian penting menerusi majlis “topping…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran