Seorang wanita maut tertimbus tanah runtuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Seorang wanita meninggal dunia selepas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung (Kg) Lok Bonu, Jalan Sepanggar, di sini pada Rabu.

Mangsa yang berumur 53 tahun dipercayai tertimbus di dalam runtuhan tanah yang turut memusnahkan sebuah rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 4.32 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati berlaku hakisan tanah yang menimbus sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 10×15 menyebabkan kerosakan sepenuhnya.

“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian itu termasuk mayat seorang ibu yang dikeluarkan oleh pasukan bomba dari runtuhan tersebut.

“Selepas disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mayat mangsa tersebut diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ordine, seorang lagi mangsa yang terselamat dalam kejadian itu ialah seorang lelaki berumur 25 tahun.

“Mangsa berkenaan adalah anak lelaki kepada ibu terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu,” kata beliau.

Tambahnya, dalam operasi itu, seramai 10 anggota bomba telah digerakkan yang tiba di lokasi pada pukul 4.49 dalam jarak 23 kilometer (km) perjalanan dari balai.

“Operasi kemudian dapat dikawal pada pukul 6 pagi dan ditamatkan sepenuhnya setelah tiada bahaya lain yang wujud di lokasi pada pukul 7 pagi,” jelasnya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis