Polis tahan lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh wanita

SANDAKAN – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu 2 1/2, di sini, pada malam Isnin.

Mayat wanita berusia 58 tahun ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 5.30 petang, pada Ahad lalu sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala mangsa dipercayai dibunuh.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan, suspek seorang lelaki berusia 31 tahun berjaya diberkas polis, kira-kira pukul 5.30 petang semalam, di kawasan Batu 2.

“Suspek yang ditangkap polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dan cawangan D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurut Ahsmon, kes selesai dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis diterima dan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO