26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

SANDAKAN – Kebakaran kedua dalam tempoh 10 hari di kawasan Batu Sapi mencetuskan kebimbangan serius terhadap tahap kesiapsiagaan penduduk.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, risiko kebakaran semakin meningkat, khususnya dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.

“Kejadian terbaharu di Kampung (Kg) PPH Karamunting, Jalan Bokara, telah memusnahkan 26 rumah dan 7 rumah rosak, awal pagi Rabu menunjukkan risiko kebakaran semakin meningkat.

“Kebakaran yang dilaporkan pada pukul 3.16 pagi itu melibatkan rumah tidak kekal jenis kayu yang dibina rapat antara satu sama lain, menyebabkan api merebak dengan cepat dan memusnahkan keseluruhan kawasan seluas kira-kira 1.41 hektar,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, semasa kejadian, beliau bergegas ke lokasi kebakaran bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Yap Hsiu Min membantu mangsa sementara menunggu ketibaan pasukan bomba.

“Pada awal pagi, saya juga turut berada di lokasi untuk membantu urusan penyelarasan serta pendaftaran mangsa yang terjejas.

“Berdasarkan maklumat awal, seramai 40 Ketua Isi Rumah (KIR) terlibat dalam insiden tersebut, dengan 37 daripadanya merupakan warganegara dan tiga lagi bukan warganegara.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas adalah seramai 186 orang,” ujarnya.

George turut mencadangkan agar langkah pencegahan di peringkat komuniti diperkukuh, khususnya melalui kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta ketua kampung.

“Saya telah mencadangkan kepada JKKK dan ketua kampung supaya setiap rumah bersedia dengan sumber air.

“Sekiranya berlaku kebakaran, sekurang-kurangnya ada air yang boleh digunakan segera sementara menunggu bantuan tiba.

“Kita juga boleh menggerakkan penduduk kampung untuk membentuk pasukan rondaan bagi memantau keadaan, terutamanya pada waktu tengah malam hingga awal pagi,” katanya.

Tambahnya, waktu subuh merupakan antara tempoh berisiko kerana kebanyakan penduduk mula menjalankan aktiviti memasak.

“Pada waktu subuh, ramai sudah mula memasak. Jika berlaku kecuaian, api boleh merebak dengan cepat, lebih-lebih lagi dalam keadaan rumah yang rapat dan mudah terbakar,” katanya.

George berkata, kejadian kebakaran yang berlaku berturut-turut dalam tempoh singkat ini harus dijadikan peringatan kepada semua pihak agar lebih berwaspada dan tidak mengambil ringan aspek keselamatan.

Related Posts

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu lampu jalan yang tidak berfungsi di seluruh negeri, khususnya melibatkan jalan-jalan persekutuan. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

KOTA KINABALU – Tiga projek berimpak tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menyelesaikan isu bekalan air Tawau mencapai kemajuan memberangsangkan. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan