RKB, Pekeliling Uji Kaji Peraturan dilancar demi pemerkasaan perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR – Pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) kini menjadi panduan utama bagi semua agensi awam dalam usaha mengurangkan beban peraturan tidak wajar terhadap rakyat dan perniagaan.

Dasar yang dilancarkan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang melabuh tirainya hari ini turut mengumumkan Pekeliling Uji Kaji Peraturan, sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata, pekeliling itu boleh memastikan pentadbiran dikelola dengan lebih cekap, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan beban peraturan tidak wajar terhadap rakyat serta perniagaan.

Menurutnya, RKB adalah panduan kepada semua agensi awam untuk mempercepat pelaksanaan reformasi kerenah birokrasi bagi memastikan pentadbiran yang lebih cekap.

“Langkah itu bertujuan mewujudkan persekitaran kawal selia yang kondusif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara.

“Ia juga menyumbang kepada peningkatan produktiviti nasional dan memperbaiki indikator birokrasi dalam Laporan Daya Saing Dunia, dengan matlamat mencapai kedudukan ke-12 teratas menjelang 2033 seperti matlamat Kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata, Pekeliling Uji Kaji Peraturan memberi panduan kepada pengawal selia untuk menguji pendekatan baharu terhadap peraturan sedia ada agar lebih inovatif, berkualiti tinggi dan relevan dengan keperluan semasa dalam menangani cabaran semasa yang kompleks.

Sehubungan itu beliau menyarankan semua kementerian, agensi, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berusaha mendaftar serta melaksanakan projek RKB baharu bagi tahun depan.

“Katanya, sebanyak 200 projek RKB sudah dan sedang dilaksanakan bagi tahun ini. Untuk memastikan impak lebih besar dan menyeluruh, beliau menyasarkan 500 projek RKB dilaksanakan tahun depan.

“Sasaran ini bukan sekadar angka, tetapi simbol komitmen kita untuk mempercepat transformasi sektor awam, memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat, dan mendukung agenda pembangunan negara.

“Dengan adanya sistem pemantauan dan peningkatan berterusan seperti RKB, perkhidmatan awam dapat berfungsi sebagai pemangkin kepada produktiviti sektor awam dan swasta, dan secara keseluruhannya kepada negara serta daya saing ekonomi,” katanya.

Berhubung dapatan konvensyen dua hari bermula semalam itu, Shamsul Azri memohon Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku penganjur untuk mengeluarkan dokumen hasil agar boleh dikongsi kepada semua anggota perkhidmatan.

“Konvensyen kita dua hari ini dan deklarasi yang ditandatangani oleh saya dan semua Setiausaha Kerajaan (SUK) semalam, hanya permulaan awal untuk kita melangkah ke hadapan dalam pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam.

“Kita akan terus mewacanakan reformasi menerusi konvensyen seterusnya yang lebih khusus dan berfokus kepada setiap lima teras reformasi ini iaitu nilai dan tatakelola, modal insan, pembangunan organisasi, penyampaian perkhidmatan dan sinergi awam swasta.

“Konvensyen seterusnya akan membabitkan keseluruhan pemegang taruh meliputi perkhidmatan awam Persekutuan, negeri, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak swasta termasuk badan antarabangsa seperti OHCHR, IMD dan ITU,” katanya

Related Posts

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

PAPAR – Penolakan usul persendirian berkaitan tuntutan 40 peratus Sabah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bukan bermakna kerajaan negeri menolak perjuangan tersebut, sebaliknya ia adalah keputusan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

PUTRAJAYA – Pemimpin Wanita PKR membidas kenyataan Khairy Jamaluddin yang mendakwa UMNO adalah parti lebih kuat dan kurang dikritik berbanding pesaingnya seperti PKR dan Bersatu. Exco Wanita PKR, Farahida Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan