Tempoh kerja 4 hari setengah seminggu penjawat awam masih di peringkat penelitian

KUALA LUMPUR – Kerajaan persekutuan sedang melaksana kajian terperinci terhadap tempoh waktu bekerja bagi sektor awam di seluruh negara kepada hanya empat hari setengah, seperti dicadangkan Kerajaan Negeri Johor.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, setakat ini kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk memperkenalkan dasar itu diperingkat persekutuan.

“Itu (cadangan kerja empat hari setengah) merupakan polisi yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Johor dan diputuskan oleh mereka.

“Kita akan meneliti terlebih dahulu namun buat masa ini, kerajaan persekutuan belum mempunyai sebarang keputusan untuk memperkenalkan (waktu bekerja) empat hari setengah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penutup Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini

Ditanya berkenaan dasar serta kesesuaian waktu tempoh bekerja dilaksana, Shamsul Azri tidak dapat memberikan perincian susulan ia belum dilaksana oleh mana-mana kerajaan negeri.

“Saya tidak boleh beri komen kerana kita nampak pelaksanaan kerana ia (masih di peringkat cadangan dan kajian), baru diuji kaji,” katanya.

Terdahulu, Johor sedang meneliti cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada hanya empat hari setengah.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Bagi tujuan itu katanya, kerajaan negeri kini sedang giat melakukan penambahbaikan bagi mempertingkatkan produktiviti dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatannya.

Beliau berkata, ia termasuk memperkasa perkhidmatan digital dengan penambahan urusan yang boleh dilaksanakan secara dalam talian atau online.

Related Posts

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan