Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

ARAU – Siasatan kes kematian bayi perempuan berusia 8 bulan masih berada pada peringkat melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya masih menunggu beberapa laporan penting bagi melengkapkan siasatan tersebut.

“Antara laporan yang masih ditunggu ialah laporan forensik melibatkan telefon bimbit dan rakaman dashcam milik ibu mangsa.

“Kita juga menunggu laporan temu bual kanak-kanak (CIC) yang melibatkan saksi kanak-kanak serta laporan penuh bedah siasat,” katanya.

Menurut beliau, pegawai penyiasat kes (IO) sedang dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke IPK untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan semua aspek diteliti dengan terperinci.

Baru-baru ini, The Malaysia Press melaporkan sepasang suami isteri menuntut pembelaan selepas bayi perempuan mereka meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuh pada 15 April lalu.

Pasangan itu, Mohamad Zaerwafar Che Mat Zaidin, 34, dan isterinya, Aisyawati Isa, 34, menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian anak mereka, Aufa Zayyana.

Sebelum kejadian, ibu mangsa memaklumkan terdapat kesan lebam pada hidung dan dahi bayi itu sejak 7 April selepas dipercayai terjatuh dan terkena rak televisyen.

Hasil imbasan tomografi berkomputer mendapati berlaku pendarahan serta bengkak pada otak mangsa sebelum bayi tersebut meninggal dunia pada 22 April di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah.

Polis sebelum ini menahan pengasuh pada 16 April sebelum dibebaskan dengan jaminan, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi