Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

KANGAR – Gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa semua pihak menghentikan sebarang bentuk provokasi berhubung isu penggunaan kalimah Allah pada sebuah tokong di sebuah premis perniagaan di Seriab di sini.

Wakil Pertubuhan Baihu Malaysia Perlis, Sazeli Saad berkata, perkara itu wajar diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus dan menyeluruh.

“Semua pihak diminta tidak memprovokasikan keadaan kerana kita telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar lebih peka terhadap isu sensitiviti agama serta tidak mengulangi perkara sama yang boleh menjejaskan keharmonian.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Belia Piranha Perlis, Nizar Laksamana menegaskan isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan sensitiviti umat Islam.

Katanya, penggunaan kalimah Allah di tempat yang tidak sepatutnya boleh mencetuskan ketegangan jika tidak ditangani dengan bijaksana.

“Ini bukan isu kecil, ia melibatkan maruah dan kesatuan umat Islam, namun kita tidak menuduh secara melulu atau menghukum mana-mana kaum,” ujarnya.

Menurutnya, gabungan NGO itu menuntut siasatan segera, telus dan tanpa kompromi oleh pihak berkuasa terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Beliau dalam masa sama menyeru semua pihak agar terus menjaga keharmonian serta tidak menimbulkan permusuhan antara kaum.

Terdahulu, isu berkenaan tular di media sosial sebelum mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi