Ringgit terus melonjak, tertinggi dalam tempoh hampir setahun

KUALA LUMPUR – Ringgit mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir setahun apabila meneruskan lonjakan ketaranya pada Khamis apabila ditutup pada 4.5675 selepas mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selama sembilan hari berturut-turut.

Pakar menyifatkan perkembangan itu adalah reaksi pasaran yang positif terhadap kenyataan terbaharu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.

Pada jam 6 petang ini, ringgit melonjak 210 mata asas kepada 4.5675/5710 berbanding dolar AS daripada 4.5885/5925 pada akhir urus niaga Rabu.

Paras tertinggi ringgit berbanding dolar AS sebelum ini adalah 4.5865/5895 yang dicatat pada 11 Ogos, 2023.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit meneruskan momentum peningkatannya susulan potensi penurunan kadar faedah AS terus ketara selepas mesyuarat FOMC, malam tadi.

Ini berikutan laporan yang menyatakan FOMC telah mengekalkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada julat 5.25-5.50 peratus.

“Mungkin juga pasaran menyedari bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan kadar dasar utama itu kerana perlu mengalihkan tumpuan mengekalkan pertumbuhan susulan inflasi yang diunjur cenderung ke arah 2.0 peratus.

“Berikutan itu, dua penurunan kadar faedah itu boleh dilaksanakan berdasarkan jangkaan pasaran,” katanya seperti dilaporkan media.

Malah, susulan itu, katanya, perbezaan antara FFR dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan mengecil apabila pihak Fed mula mengurangkan kadar berkenaan.

“Ini membantu meningkatkan lagi nilai ringgit kerana prospek lebih cerah untuk mata wang Malaysia,” kata Mohd Afzanizam.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan pula menjangkakan pengukuhan dolar AS akan mula berkurangan apabila permintaan susut susulan penurunan kadar faedah Fed.

“Kami percaya asas pertumbuhan kukuh dan lebihan akaun semasa akan terus menyokong kenaikan nilai ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama dan Asean.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8272/8317 daripada 5.8875/8926, naik berbanding euro kepada 4.9229/9266 daripada 4.9680/9723 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0450/0475 daripada 3.0515/0545 semalam.

Berbanding mata wang Asean, nilai ringgit mengukuh sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/281.6 daripada 282.1/282.5 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4124/4153 daripada 3.4273/4306.

Selain itu, ringgit turut mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.83/7.84 daripada 7.86/7.87 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8239/8384 daripada 12.8717/8880 sebelum ini.

Related Posts

SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera

KOTA KINABALU – Kerajaan menerusi Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (PKK) terus komited membantu kontraktor Bumiputera dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif pembiayaan termasuk Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan TEKUN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KUSKOP peruntuk RM1.5 juta pada usahawan SDSI Sabah tahun ini

TAWAU – Sebanyak RM1.5 juta disalurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi pembangunan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Sabah, tahun ini.  Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment