Ringgit meningkat selepas pengumuman jeda tarif AS

RINGGIT dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Khamis, apabila dolar AS melemah berikutan pengumuman Presiden AS mengenai penangguhan 90 hari dalam tarif timbal balik, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4700/4850 berbanding dolar AS, berbanding 4.4935/4990 pada penutupan Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jeda dalam tarif ke atas kebanyakan negara menunjukkan sentimen yang lebih baik dalam pasaran mata wang.

“Penangguhan sementara tarif balas ke atas kebanyakan negara membuka ruang untuk rundingan yang mungkin membawa kepada perjanjian perdagangan yang lebih baik.

“Oleh itu, kami menjangkakan prestasi ringgit dan mata wang lain akan bertambah baik hari ini,” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan antarabangsa, penangguhan 90 hari itu membabitkan tarif ke atas 75 negara yang telah berhubung dengan AS bagi tujuan rundingan. Dalam tempoh itu, kadar tarif akan dikembalikan kepada paras asas 10 peratus.

Bagaimanapun, walaupun Trump menyuarakan keyakinan untuk mencapai kesepakatan lebih kukuh dengan China dan menolak kemungkinan ketegangan berlarutan, beliau tetap mengambil langkah drastik dengan menaikkan tarif barangan China daripada 104 peratus kepada 125 peratus.

Dalam pada itu, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0326/0432 daripada 3.0921/0964, menambah nilai berbanding euro kepada 4.8969/9133 daripada 4.9640/9700, dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7346/7538 daripada 5.7609/7700 semalam (9 April).

Ringgit juga mrncatat peningkatan lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura pada 3.3279/3398 daripada 3.3349/3395, meningkat berbanding peso Filipina pada 7.79/7.82 daripada 7.83/7.85, dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 264.9/265.9 daripada 266.3/266.7 semalam.

Bagaimanapun, ringgit lemah berbanding baht Thailand kepada 13.0778/1325 daripada 12.9915/13.0153.

Related Posts

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan peningkatan ketara keahlian apabila seramai 13,954 individu menyertai parti itu melalui sistem pendaftaran dalam talian sejak diperkenalkan pada 22 April lalu. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar