Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

TANJUNG MALIM – Penduduk di Gunung Besout kini menikmati akses perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas apabila sebuah ambulans baharu diserahkan kepada Klinik Kesihatan Gunung Besout, di sini sekali gus memperkukuh keupayaan tindak balas kecemasan di kawasan berkenaan.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Chang Lih Kang menerusi Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Malim sebagai sebahagian usaha berterusan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, kemudahan tersebut amat signifikan dalam memastikan bantuan kecemasan dapat disampaikan dengan lebih cepat, efisien dan menyeluruh kepada penduduk di Gunung Besout serta kawasan sekitarnya.

“Penyerahan ambulans ini mencerminkan komitmen kami untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, di samping memperkukuh kesiapsiagaan dalam situasi kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial, baru-baru ini.

Majlis penyerahan berkenaan diwakili Pegawai Khas Ahli Parlimen, Khairol Najib Hashim, dengan kehadiran pihak Pentadbiran Daerah serta Pegawai Kesihatan Daerah Batang Padang.

Lih Kang yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menegaskan, inisiatif tersebut selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkasa kesejahteraan rakyat melalui penyediaan kemudahan kesihatan yang lebih responsif dan berkesan.

“Diharapkan sumbangan ini bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa, malah meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan untuk komuniti setempat,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Latiff Arbain, menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan kerajaan dalam mempertingkat kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar.

“Keperluan ambulans seperti ini amat penting untuk memastikan penduduk mendapat rawatan segera. Terima kasih atas usaha yang berterusan membantu rakyat,” katanya.

Foto: FB Chang Lih Kang

Related Posts

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

KEMAMAN — Inisiatif Kerajaan MADANI memperkenalkan elaun bulanan sebanyak RM250 kepada pelajar Tingkatan 6 disambut baik terutamanya dalam situasi ekonomi global yang mencabar. Pelajar Tingkatan 6 yang juga Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia