Ringgit cecah paras tertinggi untuk tempoh 28 bulan

PUTRAJAYA – Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mencecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding unit negara maju itu selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas malam tadi, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu, mengekalkan kedudukannya sebagai antara mata wang berprestasi tinggi di rantau Asia.

Bercakap kepada Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengumuman Fed itu telah meredakan ketidaktentuan pasaran.

Menurutnya, Fed dilihat berada di landasan untuk memastikan penurunan sederhana dalam ekonomi AS.

Beliau berkata, pada masa sama, trend disinflasi akan berterusan, yang membolehkan Fed menumpukan kepada mandatnya yang lain iaitu guna tenaga maksimum.

Berdasarkan Kadar Dana Fed (FFR) jangka panjang sebanyak 2.9 peratus, Mohd Afzanizam berkata, Fed dijangka terus menurunkan kadar faedah penanda aras untuk menyediakan sokongan monetari kepada ekonomi.

Sementara itu, beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus untuk tempoh berbaki tahun ini memandangkan keadaan monetari semasa yang menyokong pertumbuhan.

“Oleh itu, ringgit diunjurkan terus meningkat dalam tempoh terdekat.

“MYR/USD pada masa ini adalah di sekitar paras sokongan segera. Sekiranya ia melepasi tahap ini, paras sokongan seterusnya akan berada pada RM4.0728,” katanya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengukuhan nilai ringgit serta semakan naik unjuran ekonomi Malaysia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencerminkan keyakinan berterusan komuniti kewangan antarabangsa terhadap asas ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat