Pasaran hartanah Malaysia bakal jadi tumpuan pelabur luar

PUTRAJAYA – Dana institusi serantau, pemaju dan pembeli hartanah dan pelabur dijangka menyuntik lebih banyak modal dalam sektor hartanah apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akhirnya mula memotong kadar faedah.

Penganalisis RHB Investment Bank, Loong Kok Wen, berkata sebagai destinasi utama untuk pelaburan pusat data (DC) atas faktor lokasinya yang strategik, Malaysia dijangka terus menerima urus niaga tanah dan DC.

“Sementara itu, pembeli hartanah tempatan dan asing dan juga pelabur lebih berpotensi akan membeli hartanah di kawasan yang mengalami pertumbuhan tinggi, kerana nilai ringgit dan kadar faedah yang kian menstabil,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Beliau berkata, perkembangan semasa akan menyebabkan permintaan yang rancak untuk pelancaran hartanah baharu, terutamanya di kawasan Nusajaya.

Katanya, sejak berlakunya fasa menaik sektor hartanah yang terakhir pada 2011 hingga 2013, pemaju sekali lagi mula menyaksikan pembeli beratur sepanjang malam atau sejak awal pagi di acara pelancaran projek mereka.

“Baru-baru ini, pelancaran awal lot-lot kedai oleh UEM Sunrise dan rumah teres oleh Sunway (harga jualan purata bermula RM1.22 juta atau RM500 sekaki persegi) dilihat menerima permintaan yang amat menggalakkan, dengan jumlah pendaftaran mencecah tiga hingga empat kali lebih tinggi daripada unit prapelancaran yang ada.

“Pembeli dari Singapura membentuk 20 peratus daripada jumlah prajualan (untuk Sunway). Pada pandangan kami, trend ini akan berterusan memandangkan munculnya minat baharu untuk pasaran hartanah di Iskandar Malaysia.

“Sistem Transit Laju (RTS-Link), kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang rancak, zon ekonomi khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dan taraf hidup yang tinggi di Singapura menjadi faktor-faktor pemangkin utama yang mendorong permintaan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan pastikan pengeksport tempatan patuhi piawaian antarabangsa

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan semua syarikat tempatan yang mengeksport barangan ke Amerika Syarikat (AS) mematuhi setiap standard dan piawaian antarabangsa yang ditetapkan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kukuh bantu stabilkan kos projek solar Babagon

KOTA KINABALU – Pengukuhan nilai ringgit Malaysia bantu menstabilkan kos bahan bagi projek tenaga solar di Sabah, sekaligus mengurangkan kebimbangan terhadap kenaikan harga bahan projek tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Jetama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan