Malaysia-Palestin bakal tandatangan MoU perdagangan, pelaburan

PUTRAJAYA – Malaysia dan Palestin akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam beberapa sektor, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri.

Bercakap pada majlis makan malam rangkaian perniagaan Palestin-Malaysia malam tadi, Hanafi berkata, MoU itu meliputi 14 bidang termasuk kemudahan perdagangan, pelaburan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri halal.

“Ia akan membantu mewujudkan mekanisme untuk memudahkan aliran perdagangan yang lebih lancar dan menggalakkan usaha sama, menyediakan rangka kerja yang jelas untuk mengukuhkan hubungan ekonomi,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata, jumlah perdagangan Malaysia dengan Palestin pada 2023 meningkat sebanyak 52.1 peratus kepada RM20.85 juta berbanding RM13.7 juta pada 2022.

“Eksport ke Palestin melonjak sebanyak 96.2 peratus kepada RM13.47 juta daripada RM6.87 juta pada 2022 manakala import dari Palestin naik 7.9 peratus kepada RM7.38 juta daripada RM6.84 juta pada 2022.

“MoU ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan, mewujudkan peluang untuk syarikat besar dan PKS, yang merupakan tulang belakang bagi kedua-dua ekonomi,” katanya.

Menurutnya, dengan memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk ke Asean, selain sebagai Pengerusi Asean pada tahun depan, pasaran baharu boleh dibuka, merangsang perdagangan dan pelaburan serta memacu inovasi merentas pelbagai industri.

“Malaysia komited menyokong usaha Palestin dan berharap untuk melihat syarikat Palestin berjaya di rantau ini,” katanya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengukuhan nilai ringgit serta semakan naik unjuran ekonomi Malaysia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencerminkan keyakinan berterusan komuniti kewangan antarabangsa terhadap asas ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat