Ringgit akhiri dagangan lebih kukuh

KUALA LUMPUR – Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS selepas dolar AS berdepan dengan tekanan menurun berikutan jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menjelang September ini.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Indeks Dolar AS (DXY) ) kekal sekitar 101 mata, menunjukkan permintaan yang lebih lemah bagi dolar.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.3750/3830 berbanding dolar US daripada 4.3780/3850 yang disaksikan semalam.

Katanya, terdapat juga kebimbangan atas data pekerjaan AS, yang dijangka disemak ke bawah. Jika ini berlaku, ia akan mengesahkan kelemahan asas ekonomi negara tersebut.

Keadaan ini mengukuhkan hujah untuk pelonggaran monetari jika Fed berhasrat mencapai impak yang lebih selesa bagi pertumbuhan ekonomi AS.

“Pandangan saya ialah – dalam satu pihak – pasaran optimis bahawa Fed akan mengurangkan kadar tidak lama lagi, yang akan menyokong ekonomi.

“Sebaliknya, jika Fed menangguhkan penurunan Kadar Dana Persekutuan, risiko kemelesetan AS akan bertambah, membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk mata wang selamat seperti dolar US,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, keadaan sekarang bersifat tunggu dan lihat, dan ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell di Simposium Jackson Hole pada Jumaat ini akan memberikan kejelasan.

“Buat masa sekarang, ringgit berada dalam kedudukan positif dan ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang baik, yang sepatutnya mengukuhkan kedudukan ringgit,” katanya.

Pada penutup, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 2.9943/3.000 daripada 2.9917/9967, menurun berbanding euro kepada 4.8637/8726 daripada 4.8491/8568 dan merosot berbanding pound British kepada 5.6993/70972 daripada sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean.

Ringgit mantap berbanding dolar Singapura kepada 3.3456/3519 daripada 3.3466/3522, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 282.2/282.9 daripada 283.5/284.2 dan naik berbanding Thai baht kepada 12.7373/7676 daripada 12.7982/8254 sebelum ini.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterjaminan makanan: Belajar dari krisis, sedia dari dapur sendiri

KUCHING – Setiap kali harga barang keperluan asas naik, keluhan pasti kedengaran di pelbagai platform.  Namun, sedarkah kita bahawa isu keterjaminan makanan sebenarnya adalah bom jangka ‘senyap’ yang menuntut persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei