Remaja dibawa arus ketika memancing ditemui lemas

KUANTAN – Remaja lelaki yang hilang dibawa arus selepas terjatuh dari rumah rakit ke Sungai Pahang di Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut sejak Sabtu lalu ditemui lemas pagi ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi, 14, ditemui kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

Menurutnya, mayat mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, dijumpai terapung oleh pasukan pencarian di lokasi 900 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

“Komander operasi melaporkan semasa membuat rondaan pagi pada hari ketiga pencarian dengan bot bersama dua anggota, mangsa dijumpai terapung di lokasi penemuan

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Salahuddin berkata, semua masyarakat diingatkan agar mengelakkan daripada melakukan aktiviti air yang boleh mengundang bahaya.

“Kita masih lagi dalam tempoh Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir Mac depan justeru sekiranya melakukan aktiviti di air, pastikan utamakan keselamatan termasuk memakai jaket keselamatan dan tidak bersendirian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu