Tidak tolak kemungkinan wujud ‘runner’ bawa barang kawalan – Maritim Malaysia

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau tidak menolak kemungkinan kewujudan ‘runner’ (penghantar barang) yang menjalankan aktiviti membawa barang kawalan ke negara jiran.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, ini susulan penahanan seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun yang membawa muatan 10 gelen atau 250 liter minyak petrol selepas dikesan mencurigakan di kedudukan 1.7 batu nautika selatan Batu Tiga, Sabtu lepas.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 9.55 malam itu, lelaki berkenaan berjaya diberkas selepas bot penumpang dijuraganinya dipintas bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris.

“Kedudukan perairan Tawau yang berada di garisan persempadanan antara Malaysia dan Indonesia menjadi cabaran utama bagi melaksanakan penguatkuasaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan wujudnya ‘runner-runner’ yang menjalankan aktiviti membawa barang kawalan ini dalam kuantiti kecil secara berulang bagi menembusi pasaran di negara jiran.

“Bagaimanapun, Maritim Malaysia akan terus mengekang sindiket penyeludupan ini bagi mengelakkan ketirisan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Shahrizan, Maritim Malaysia berjaya melaksanakan sebanyak 9,187 pemeriksaan vesel di perairan Tawau selain merekodkan 108 siri tangkapan atas pelbagai kesalahan dengan rampasan sebanyak RM12.2 juta sepanjang tahun lepas.

Katanya, tempoh itu turut menyaksikan penurunan laporan bagi kes Carilamat di daerah ini dengan hanya satu kes sahaja direkodkan.

“Ini membuktikan bahawa keberkesanan kepada kempen-kempen kesedaran keselamatan di laut yang diadakan kepada masyarakat setempat serta komuniti maritim di daerah ini.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (Esszone),” tegasnya.

Sehubungan itu, Shahrizan turut meminta kerjasama orang awam bagi menyalurkan sebarang aduan salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 dan talian kecemasan 999.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang