
BEIRUT – Tentera rejim Israel mengarahkan penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan pinggir selatan Beirut supaya segera berpindah kerana mereka mahu meneruskan serangan udara dan darat tanpa henti di kawasan terbabit, lapor Anadolu.
Jurucakap tentera rejim Israel Avichay Adraee mendakwa penduduk di kawasan terbabit berada dekat dengan kawasan yang menempatkan kemudahan dan kepentingan milik Hizbullah, yang menjadi perhatian rejim Israel ketika ini.
Arahan perpindahan itu menyasarkan kawasan kejiranan seperti Haret Hreik dan Tahouitat al-Ghadir, yang mana merupakan penempatan beribu-ribu orang awam Lubnan.
“Anda mesti segera mengosongkan bangunan ini dan struktur bangunan yang berhampiran serta jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 500 meter (1,640 kaki),” tambah jurucakap itu.
Setakat 31 Oktober, angka kematian di Lubnan akibat serangan kejam Israel pada Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 2,865 orang terkorban, 13,047 yang lain cedera, angka ini termasuk 82 orang yang syahid dan serangan pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan Lubnan.









