Konflik Iran-Israel: Iran beri amaran bakal bertindak balas lebih dahsyat

TEHRAN – Komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memberi amaran kepada rejim Zionis untuk bersedia menerima tindak balas yang lebih dahsyat akibat daripada pencerobohan yang menyasarkan aset ketenteraan Iran baru- baru ini, lapor agensi berita Iran, Tasnim.

Berikutan serangan rejim Zionis ke atas Iran pada 26 Oktober, Mejar Jeneral Hossein Salami berkata, rejim Israel telah tersilap langkah apabila menganggap boleh mengubah sejarah dengan melancarkan sejumlah peluru berpandu ke atas Iran.

Beliau mengingatkan rejim Israel supaya tidak lupa tentang operasi balas dendam ‘Janji Sejati II’ melibatkan peluru berpandu yang dilancarkan Iran pada 1 Oktober, yang mana telah berjaya melintasi ruang udara Israel dan gagal dipatahkan oleh sistem peluru berpandu pertahanan udara tersebut.

Komander IRGC kemudian memberi amaran kepada Israel bahawa akan bertindak balas dengan lebih dahsyat sehingga tidak dapat dibayangkan akibat tindakan pencerobohannya melulu terhadap Iran sebelum ini.

Pada 1 Oktober, Iran bertindak balas terhadap pembunuhan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh, Setiausaha Agung Hizbullah Seyed Hassan Nasrallah, dan jeneral IRGC Abbas Nilforoushan dengan melancarkan sebanyak 200 peluru berpandu balistik ke arah pangkalan tentera dan perisikan rejim Zionis di seluruh wilayah yang diduduki penjajah haram itu.

Pada awal pagi 26 Oktober, rejim Zionis menyerang beberapa tapak tentera di Iran, yang mengakibatkan kematian syahid empat askar dan seorang orang awam.

Dalam ucapan pada 27 Oktober, Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyed Ali Khamenei menekankan keperluan untuk memberi pengajaran kepada rejim Israel kerana terlalu memandang rendah terhadap kebolehan tentera dan kekuatan pertahanan Iran.

“Rejim Israel membuat tanggapan salah terhadap Iran, tentera Iran sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan negara dan bangsa ini. Mereka (musuh) mesti diberi pengajaran supaya mereka tahu siapa rakyat Iran dan seperti apa pemuda Iran itu,” tambahnya.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi