‘Rafizi silap tafsir isu kedaulatan dalam perjanjian Malaysia–AS’

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpandangan bahawa bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, tersilap menafsir isu kedaulatan negara berkaitan perjanjian antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Raggie, kenyataan Rafizi yang membandingkan perjanjian Malaysia–AS dengan perjanjian AS–Kemboja menunjukkan seolah-olah Malaysia gagal menekankan aspek kedaulatan dalam dokumen berkenaan, sedangkan perkara itu telah termaktub secara jelas dalam mukadimah atau ‘preamble’ perjanjian tersebut.

“Dalam mukadimah perjanjian Malaysia–AS telah dinyatakan dengan jelas komitmen bersama terhadap kedaulatan, kemakmuran ekonomi dan daya tahan rantaian bekalan. Ini bermaksud dari awal lagi perjanjian tersebut meletakkan kedaulatan Malaysia sebagai keutamaan,” katanya dalam satu siaran langsung yang disiarkan di media sosialnya, pada Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa ‘preamble’ sesebuah perjanjian antarabangsa bersifat mengikat secara undang-undang berdasarkan Konvensyen Vienna Mengenai Undang-Undang Perjanjian, dan semua tafsiran terhadap klausa perlu dibaca bersamanya.

“Menurut Konvensyen Vienna, mukadimah adalah sebahagian daripada konteks untuk mentafsir keseluruhan perjanjian. Maka, semua klausa termasuk perkara 5.1 dalam perjanjian Malaysia–AS tertakluk kepada semangat mukadimah yang menegaskan kedaulatan negara. Ini bermakna tiada mana-mana peruntukan boleh mengatasi prinsip kedaulatan,” ujarnya.

Raggie turut menegaskan bahawa kewujudan ‘exit clause’ memberi jaminan tambahan terhadap kedaulatan Malaysia kerana negara boleh menarik diri jika kepentingan nasional terjejas.

“Apabila wujud ‘exit clause’ dan ‘preamble’ yang jelas mengenai kedaulatan, maka istilah ‘shall’ dalam perjanjian tidak boleh ditafsir sebagai kewajipan mutlak untuk mematuhi, sebaliknya bermaksud usaha terbaik yang selaras dengan kedaulatan negara,” katanya.

Beliau menolak dakwaan bahawa kedaulatan Malaysia tergadai, sambil menyifatkan hujah Rafizi tidak berasaskan kefahaman undang-undang antarabangsa.

“Isu yang dibangkitkan Rafizi menunjukkan sama ada beliau tersilap tafsir, tidak memahami konteks undang-undang antarabangsa, atau sekadar membuat andaian tanpa rujukan kepada pakar. Dalam hal ini, jelas beliau tersasar,” katanya lagi.

Raggie menegaskan, polemik yang dibangkitkan berhubung isu ini lebih bermotifkan politik dan emosi.

“Saya lihat banyak hujah yang dikemukakan pembangkang, termasuk Rafizi, didorong oleh emosi dan perbezaan politik, bukan berasaskan analisis yang objektif. Perjanjian Malaysia–AS sebenarnya kukuh dan tidak menjejaskan kedaulatan negara,” katanya.

Terdahulu, Rafizi mendakwa bahawa Kemboja memperoleh perjanjian perdagangan yang lebih baik dengan AS berbanding perjanjian yang ditandatangani oleh Malaysia.

Menurut beliau, perjanjian antara Kemboja dan AS mengandungi klausa yang lebih jelas dalam mempertahankan kedaulatan negara berkenaan, berbeza dengan perjanjian Malaysia–AS yang tidak menyatakan perkara tersebut secara khusus.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI