QoS dilaksana termasuk kendali bagasi penumpang

PUTRAJAYA – Pematuhan terhadap standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang dikuatkuasa, termasuk pengendalian bagasi penumpang secara tepat pada masa dan cekap.s

CAAM menerusi kenyataan berkata,  ia akan mengambil tindakan pengawal seliaan serta penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.

Pada masa sama, agensi itu turut mengingatkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk melaksanakan langkah pembetulan dan pencegahan yang perlu bagi mengelakkan kejadian berulang.

“CAAM kekal komited untuk menegakkan standard tertinggi dari segi keselamatan, kualiti perkhidmatan dan kecekapan dalam sektor penerbangan Malaysia, serta akan terus memastikan akauntabiliti dalam kalangan semua entiti yang dikawal selia,” katanya, pada Ahad.

Agensi itu berkata demikian susulan insiden kerosakan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, petang Sabtu.

Dalam pada itu, CAAM juga mengesahkan mengesahkan bahawa operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 telah kembali stabil susulan gangguan sementara BHS yang berlaku petang semalam.

Katanya, sistem tersebut kini telah dipulihkan dan operasi lapangan terbang termasuk daftar masuk serta pelepasan penerbangan telah kembali seperti biasa.

“Sebagai pengawal selia sektor penerbangan, CAAM telah melaksanakan pemantauan rapi terhadap proses pemulihan dan terus berinteraksi dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta syarikat-syarikat penerbangan.

“Ini bagi memastikan penstabilan operasi sepenuhnya serta pematuhan terhadap semua standard keselamatan dan perkhidmatan yang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu, satu mesyuarat tergempar akan diadakan pagi Isnin bersama agensi-agensi berkaitan susulan kerosakan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di KLIA Terminal 1, pada Sabtu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan telah diarahkan untuk melaksanakan perkara itu selepas kerosakan itu menyebabkan kelewatan bagasi antara dua hingga empat jam kepada sejumlah besar penumpang yang tiba.

Menurut beliau, mesyuarat tergempar itu adalah bagi melaksanakan semakan menyeluruh terhadap prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang mengawal pengurusan kerosakan di lapangan terbang.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh