Pulau Batu Puteh: NGO serah petisyen desak ambil tindakan terhadap Tun M

JOHOR BAHRU – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Johor hari ini mendesak pihak berkaitan untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu kedaulatan Pulau Batu Puteh sehingga menyebabkan negara kehilangan aset berharga itu.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Johor yang mewakili Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Mohd Haziq Zakaria berkata, ia susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menunjukkan terdapat tiga bukti baharu jelas diperolehi serta diterbitkan pasukan penyelidik Malaysia berkaitan khazanah itu.

“Bukti baharu ini telah menunjukkan terdapat komunikasi atau perbincangan antara Kerajaan Singapura dan British sekitar tahun 1953 hingga 1968. Hasil daripada komunikasi tersebut menunjukkan bahawa kedaulatan dan kedudukan Pulau Batu Puteh itu adalah hak milik Negeri Johor.

“Namun, segala bukti-bukti ini tidak pernah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada pendengaran yang pertama tahun 2018. Kerajaan Malaysia pada ketika itu bersetuju untuk memfailkan permohonan semakan terhadap Batu Puteh di ICJ,” katanya ketika berucap pada acara Himpunan Solidariti Bangsa Johor Terhadap Pulau Batu Puteh di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pada 2018 membuat keputusan sendirian dengan mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik permohonan semakan terhadap Batu Puteh telah menyebabkan negara kehilangan selama-lamanya khazanah tersebut.

Menurut Mohd Haziq, tindakan Mahathir adalah jelas berbentuk pengkhianatan dan mencabar kedaulatan negara apabila menyerahkan Pulau Batu Puteh sebelum perbicaraan di ICJ.

“Tindakan ini memperlihatkan bahawa Tun Dr Mahathir telah mengkaburi rakyat Malaysia apabila tiada sebarang memorandum yang dikeluarkan terhadap jemaah Menteri ketika itu bagi menarik balik permohonan semakan Pulau Batu Puteh ini.

“Laporan daripada RCI tersebut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri dan Istana Johor tidak terlibat dalam keputusan yang dibuat. Malah, RCI berpendapat bahawa tindakan Tun Mahathir adalah bersifat ‘direliction of duty’ iaitu culas atau pengabaian tugas,” katanya.

Justeru, beliau yang mewakili NGO di Johor serta rakyat negeri ini khususnya mendesak agar siasatan jenayah terhadap Mahathir dilakukan di bawah seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 KK dan juga Seksyen 418 KK.

Terdahulu, Mohd Haziq turut menyerahkan petisyen sebagai bantahan terhadap tindakan Mahathir kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Johor, Dr Joharuddin Saamion@Mingan yang mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Hadir sama dalam himpunan itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip serta beberapa Exco kerajaan negeri dan NGO Johor.

Selain itu, himpunan berkenaan turut dihadiri hampir 400 individu sebagai memberikan sokongan kepada acara anjuran MBNJ yang julung kali diadakan di negeri ini.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah