Anwar nasihat ‘pihak tertentu’ baca, hadam, terima titah Agong

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak agar ‘baca, hadam, dan terima’ titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

“Kena baca, kena hadam, dan kena terima perintah titah tuanku,” katanya ringkas kepada wartawan semasa turun padang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Istana Negara berkata, pihak yang ingin mendapatkan pengampunan bagi mana-mana banduan supaya memohonnya melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong.

Anwar juga ditanya sama ada kenyataan media itu ada kaitan dengan perhimpunan dirancang oleh UMNO dan disokong Pas, Isnin depan bagi menyokong bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar bagaimanapun hanya menjawab: “Kena baca, kena baca.”

Istana Negara hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa banduan perlu memohon untuk mengurangkan hukuman atau mendapat keampunan bagi dipertimbangkan Lembaga Pengampunan pada mesyuarat akan datang.

Istana juga meminta semua pihak menghormati perlembagaan dan undang-undang ditetapkan.

Kenyataan itu dikeluarkan menjelang rancangan demonstrasi anjuran UMNO, yang disokong Pas, bagi menunjukkan setiakawan kepada Najib.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam kes SRC International Sdn Bhd melibatkan dana RM42 juta.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan