PRU17 Sabah: Frankie Poon, Liau Fui Fui sertai KDM, sah calon di Sandakan

SANDAKAN – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengesahkan dua tokoh politik Sabah, Datuk Frankie Poon dan Liau Fui Fui sebagai ahli baharu serta calon parti itu bagi kawasan Tanjong Papat dan Elopura pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah.

Timbalan Presiden KDM, Datuk Wetrom Bahanda berkata, pengesahan itu dibuat sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya KDM di Sandakan, yang disifatkannya sebagai acara bersejarah buat parti berkenaan di Pantai Timur Sabah.

“Hari ini bukan sahaja kita menerima Datuk Frankie Poon dan Liau Fui Fui sebagai ahli KDM, tetapi mereka juga disahkan sebagai calon parti di kawasan Tanjong Papat dan Elopura,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Borang Keahlian Dan Pelancaran Parti KDM di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJC) Tiong Hua di sini, pada Ahad.

Wetrom berkata, penyertaan dua tokoh berkenaan menunjukkan keyakinan terhadap perjuangan KDM sebagai parti tempatan yang memperjuangkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat di Sabah.

“Saya berharap rakyat di kawasan Tanjong Papat dan Elopura dapat menilai rekod khidmat mereka sebelum ini.

“Dengan sokongan rakyat, Insya-Allah, KDM mampu mencatat kemenangan di kedua-dua kawasan tersebut,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini KDM telah mengesahkan akan bertanding di 38 kerusi pada PRU17, termasuk Tanjong Papat dan Elopura.

“Ini kali pertama KDM masuk ke kawasan Sandakan. Sebelum ini, kita sudah ada calon di Tawau (Sri Tanjong).

“Melihat kepada perpaduan antara masyarakat Tionghoa dan Bumiputera, saya yakin kedua-dua calon kita mampu menang,” ujarnya.

Wetrom turut mendedahkan bahawa parti itu akan mengumumkan dua lagi kawasan tambahan yang sedang dalam pertimbangan pada 13 November 2025 di Berjaya Palace, Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, beliau menolak tanggapan bahawa KDM hanya mewakili masyarakat Kadazan-Dusun-Murut (KDM), sebaliknya menegaskan bahawa perjuangan parti itu merangkumi semua kaum di Sabah termasuk masyarakat Tionghoa.

“Nama parti kita sendiri Kesejahteraan Demokratik Masyarakat melambangkan perjuangan untuk semua lapisan rakyat.

“Dalam perlembagaan parti pun, keanggotaan kita terbuka kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum,” jelasnya.

“Malah, masyarakat Tionghoa juga ada dalam struktur kepimpinan parti.

“Sebab itu saya yakin mereka akan terus menerima perjuangan KDM,” katanya.

Related Posts

‘Task force kesihatan’ di Tanjung Batu akan disegerakan – Dr Andi

TAWAU – Hasrat menggerakkan pasukan bergerak perubatan khusus untuk rakyat DUN Tanjung Batu akan dicapai dan disegerakan, kata penyandang muka baharu kerusi itu dari GRS, Dr Andi Md Shamsureezal. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN bebas beri sokongan kepada GRS bentuk kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas dipercayai memberi sokongan dalam membentuk kerajaan Sabah. Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil