Proton antara sasaran pelaburan asing Bangladesh

USAHA Proton Holdings Bhd dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV) telah menarik perhatian Bangladesh, yang kini menyatakan hasrat untuk menarik pelaburan daripada pengeluar kereta nasional Malaysia itu.

Ketua Penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus, menjadikan usaha menarik pelaburan syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor sebagai antara agenda utama sepanjang lawatan rasmi beliau ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Muhammad Yunus, Shafiqul Alam, Proton merupakan antara syarikat yang berpotensi untuk dilibatkan dalam kerjasama pelaburan di Bangladesh, khususnya dalam sektor automotif.

“Mereka menghasilkan banyak kereta. Semasa lawatan ini, Bangladesh akan mengundang Proton Holdings untuk melabur di sini,” katanya dalam sidang media di Dhaka semalam, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita rasmi Bangladesh, Bangladesh Sangbad Sangstha.

Shafiqul Alam turut merujuk kepada penglibatan Proton dalam industri kenderaan elektrik sebagai salah satu daya tarikan utama.

Proton melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Proton e.MAS 7, pada Disember 2024 dan kini giat memperkenalkan model kedua dalam siri EV tersebut, Proton e.MAS 5, melalui siri jelajah di bandar-bandar utama di Malaysia dari Ogos hingga Oktober tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Bangladesh turut menyatakan minat untuk meneroka kerjasama dengan Malaysia dalam sektor perikanan laut dalam.

“Kami menangkap ikan Hilsa dan ikan laut lain dalam lingkungan 40 hingga 50 kilometer dari pesisir. Namun, kawasan perairan maritim kami merangkumi kira-kira 210,000 kilometer persegi,” jelasnya.

Lawatan rasmi Muhammad Yunus ke Malaysia berlangsung atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut diiringi beberapa pegawai kanan, termasuk Penasihat Hal Ehwal Luar, Mohammad Touhid Hossain; Penasihat Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara, Asif Nazrul; Penasihat Tenaga, Kuasa dan Sumber Mineral, Fouzul Kabir Khan; Penasihat Keselamatan Negara, Khalilur Rahman; Utusan Khas Ketua Penasihat bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Lutfey Siddiqui; serta Pengerusi Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Bangladesh (BIDA), Chowdhury Ashiq Harun.

Related Posts

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

MIRI – Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos operasi dan persaingan sengit, seorang pengusaha kedai bunga di sini membuktikan kecekalannya apabila berjaya mengekalkan kelangsungan perniagaan yang dibina sejak 28…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan aktiviti domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan biarpun berdepan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan