MICF 2025 lonjak nilai jualan koko negara cecah RM355 juta

KOTA KINABALU – Festival Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) merekodkan jualan RM355 juta memberi lonjakan positif kepada industri koko negara.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, platform ini antara satu strategi mempromosikan koko tempatan mengetengahkan inovasi dan teknologi terkini serta memperkukuh jaringan pemain industri koko di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Lebih 100 peserta pameran termasuk lapan usahawan coklat dari Sabah mengambil bahagian dalam pameran dan promosi produk.

“Program padanan perniagaan, ‘Virtual International Sourcing Programme’ bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta jualan menerusi TikTok Live Streaming turut menyumbang kepada nilai jualan yang tinggi.

“Lapan usahawan dari Sabah sahaja berjaya meraih jualan langsung melebihi RM200,000,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Sui Fui ketika sesi soal jawab di Sidang Parlimen, pada Isnin.

Tambah beliau, MICF 2025 turut merekodkan 350 sesi padanan perniagaan yang membuka peluang pasaran eksport ke China, India, Jepun, Australia dan United Kingdom.

Katanya lagi, empat usahawan koko dari Sabah memperoleh pesanan eksport berjumlah lebih RM12.61 juta.

Dalam pada itu, Chan berkata festival ini memperkenalkan pakej lawatan AgroKoko Sabah termasuk ke kebun koko di Tuaran dan Ranau mempromosikan koko sebagai tarikan pelancongan agro serta memberi limpahan ekonomi kepada komuniti.

“Penganjuran MICF 2025 membuktikan potensi besar industri koko negara bukan sahaja di pasaran tempatan malah di peringkat global.

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa industri koko Malaysia berdaya saing dan mempunyai daya tarikan yang tinggi di mata pelabur serta pembeli antarabangsa.

“Lembaga Koko Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan penanam, pengusaha dan usahawan koko mendapat manfaat maksimum,” ujarnya.

Related Posts

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

SEMPORNA – Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna menegaskan komitmennya memerangi jenayah terhadap ekosistem marin susulan rampasan 575 kilogram baja ammonia dipercayai untuk tujuan bom ikan. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

ALOR SETAR – Cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM3,000 bagi setiap tan metrik berpotensi memberi kesan langsung kepada kenaikan harga beras di pasaran. Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi