Projek paip baharu 5 kilometer dirancang untuk Mukim 5 Sungai Bakap

NIBONG TEBAL – Kerajaan Pulau Pinang merangka projek jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani masalah bekalan air di Mukim 5 Sungai Bakap menerusi Pelan Kontingensi Air 2030 (WCP2030) oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, ketiga-tiga projek berkenaan telah diumumkan sebelum ini.

“Kita sedang merancang projek paip baharu sepanjang lima kilometer untuk menyalurkan air terus ke Mukim 5 daripada Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor yang baru dinaik taraf sebagai projek jangka pendek,” kata Zairil.

Beberapa inisiatif telah diambil oleh PBAPP bagi meningkatkan bekalan air di daerah Seberang Perai Selatan antaranya melalui tiga projek mitigasi tambahan iaitu Pakej 12A Loji Rawatan Air (LRA), LRA Kompak di Sungai Kerian dan Pemasangan Paip di Jalan Permatang Pauh hingga ke Jalan Kampung Bagan Serai Seberang Perai Tengah.

Bagi projek jangka panjang pula ialah Projek Air Perak dan Pulau Pinang yang dijangka akan menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan itu selepas 2030 nanti, lapor Berita Harian.

Zairil turut menjelaskan kerajaan negeri sebelum ini membeli air daripada LRA Lubuk Buntar namun dihentikan penjualannya oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada 2020.

“Ini apabila Kedah memberi alasan air untuk rakyat sendiri tidak cukup. Jadi bukan Pulau Pinang tetapi Kedah yang menghentikan penjualan air daripada LRA Lubuk Buntar ke Pulau Pinang,” jelasnya.

Zairil menegaskan kerajaan negeri tidak pernah lari dari tanggungjawab menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Mukim 5 Sungai Bakap seperti didakwa sesetengah pihak.

Beliau mengulas kenyataan Jawatankuasa Bertindak Masalah Air Mukim 5 Sungai Bakap pada sidang media bersama sekumpulan penduduk Taman Sungai Duri Indah semalam yang mendakwa projek Tangki Sedutan Widuri dan Welleslley tidak berfungsi dengan baik untuk memulihkan bekalan air.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia