Hentikan perbuatan khianat, sabotaj kempen Cikgu Joohari

NIBONG TEBAL – Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk R Ramanan meminta pihak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan khianat terhadap bahan kempen jentera calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Beliau berkata, meminta pihak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan khianat terhadap bahan kempen jentera calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

“Saya ingin ingatkan kepada mana-mana pihak, biarlah kempen secara matang dan bersih. Kalau kempen seperti ini, ia akan mencetuskan pergaduhan marah dan maki… tak baiklah.

“Takkan perbuatan begini, kita nak bagi anak muda perhati. Ini bukan contoh teladan yang baik untuk ditunjukkan. Jadilah matang, lagipun pilihan raya ini datang dan pergi. Kita kena bersikap profesional,” katanya.

Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang membuat laporan polis selepas mendakwa ada pihak cuba mensabotaj bahan kempen jentera Perpaduan dalam PRK itu dengan merosakkan gegantung dan bendera parti PH.

Ketuanya, Muhammad Fadzli Roslan mendakwa sebanyak 38 gegantung dan 53 bendera yang dipasang di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini telah diturunkan pihak tidak bertanggungjawab malah ada antaranya dibuang di dalam longkang.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Abidin Ismail dan PH yang diwakili bekas eksekutif logistik yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16