Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sabah akan memastikan segala bentuk bantuan kepada mangsa kebakaran besar di Kampung (Kg) Bahagia, di sini, disalurkan dengan segera, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Mustapha berkata demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Ahad, susulan insiden kebakaran yang memusnahkan hampir 1,000 buah rumah dan menjejaskan ribuan penduduk dalam sekelip mata.

Menurutnya, tragedi berkenaan bukan sekadar kebakaran biasa, sebaliknya satu bencana kemanusiaan yang memberi kesan mendalam kepada mangsa terlibat.

“Bayangkan dalam satu malam, ada anak-anak kehilangan tempat berteduh, ibu bapa kehilangan segala harta benda dan keluarga yang kini hanya tinggal dengan pakaian di badan.

“Kesedihan ini bukan milik mereka sahaja, tetapi turut dirasai seluruh negara,” kongsinya.

Menurut Mustapha, di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kementeriannya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi berkaitan telah digerakkan segera ke lokasi bagi membantu mangsa.

Katanya, antara bantuan yang diberikan termasuk proses pemindahan, pendaftaran mangsa serta penyediaan bantuan awal kepada mereka yang terjejas.

Dalam pada itu, beliau mengakui bantuan fizikal sahaja tidak mampu mengubati trauma dan kehilangan yang dialami mangsa.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah, agar bersama-sama menghulurkan bantuan dan doa kepada semua mangsa terlibat.

“Dalam saat sebegini, kita tidak boleh biarkan mangsa menghadapi ujian ini sendirian.

“Kepada semua mangsa, anda tidak keseorangan. Insya-Allah, daripada abu ini kita akan bangkit semula,” ujarnya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia