Syed Husin Ali meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun pada Sabtu.

Berita duka itu dikongsi oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi akaun media sosialnya.

“Saya menziarahi Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lepas. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu.

“Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk ‘Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara’ yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) serta ‘Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN’ dan banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air,” kata Fahmi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 18 Jun lalu dan dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri. Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Muhammad Ali yang memberitahu kesihatan ayahnya merosot secara tiba-tiba.

Allahyarham yang juga bekas Timbalan Presiden PKR pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Presiden Parti Rakyat Malaysia dan profesor di Universiti Malaya.

Jenazah Syed Husin dilaporkan akan disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara.

Syed Husin memulakan perjalanan politiknya dengan menjadi ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 1960 sebelum bintangnya bersinar dan berjaya menjawat jawatan presiden parti itu pada 1990 hingga 2001 sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (keADILan) pada Ogos 2003 dan membentuk KeAdilan.

Pada pemilihan PKR pada 2004, beliau menang dengan 794 undi untuk jawatan Timbalan Presiden dan mengekalkan jawatan itu pada 2007 selepas menang tanpa bertanding. Syed Husin juga dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi tempoh 2009-2015 sebagai Senator Dewan Negara.

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta