Senyap tapi bahaya, lekafon gugat emosi anak

PUTRAJAYA – Lekafon atau dikenali sebagai phubbing kini menjadi trend yang semakin menular dalam kalangan masyarakat, sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap kesejahteraan emosi dan pembangunan sosial generasi muda.

Pensyarah Kanan Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Dr Nor Nazrina Mohamad Nazry berkata, kesan ketagihan telefon pintar dalam kalangan orang dewasa, terutamanya ibu bapa, memberi impak langsung kepada emosi dan perkembangan sosial anak-anak.

Malah, katanya, budaya yang mewujudkan sikap leka terhadap telefon pintar hingga mengabaikan kehadiran orang sekeliling bukan sahaja berlaku dalam kalangan anak-anak, namun ‘sebati’ terhadap ibu bapa dan menjadikan suatu kitaran yang merosakan nilai interaksi kekeluargaan.

“Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology pada tahun 2023, memaparkan budaya lekafon turut berlaku dalam kalangan ibu bapa yang meleret layar telefon pintar ketika berinteraksi dengan anak-anak sama ada di meja makan, semasa waktu ulangkaji di rumah ataupun sebelum tidur.

“Yang lebih meresahkan, kajian ini menunjukkan anak-anak mengalami tekanan, kebimbangan dan ketagihan telefon pintar yang tinggi akibat budaya ini. Begitu juga di Malaysia, kesan ini turut dilihat berlaku dalam kalangan anak-anak kita,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nor Nazrina memaklumkan, kajian dapatan tempatan pelajar berumur 13 hingga 18 mendapati budaya lekafon berkait rapat dengan silaturahim kekeluargaan yang rendah, hubungan sesama rakan lemah, rasa harga diri yang semakin menurun serta merasakan seolah-olah tidak wujud di rumah selepas ahli keluarga tenggelam dikuasai dunia digital.

“Trend ini bukan sahaja berlaku di rumah, bahkan juga melarat ke bilik darjah. Guru melaporkan pelajar sering terganggu, kurang fokus dan tidak banyak bercakap. Mereka juga cenderung mengalami letupan emosi. Jelaslah, ketagihan telefon pintar seperti pusingan roda pengelakan sosial. Apabila interaksi berdepan terasa pelik dan tidak selesa, mereka kembali kepada layar untuk meredakan tekanan dan roda lekafon terus berputar.

“Data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga menunjukkan penggunaan internet di kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 17 tahun meningkat sebanyak 155 peratus sejak 2016. Namun hanya 34 peratus ibu bapa guna kawalan ibu bapa secara digital. Tinjauan Kementerian Kesihatan pula mendapati 29 peratus kanak-kanak bawah 5 tahun terdedah kepada skrin setiap hari, dan 21 peratus daripadanya melebihi dua jam sehari sedangkan had yang disarankan ialah satu jam.

“Di China, kajian pada tahun 2022 melibatkan 726 remaja mendapati 51 peratus bersetuju bahawa mereka sering melihat ibu bapa mereka leka dengan telefon. Ini berkait rapat depresi, keagresifan dan perasaan tidak selamat. Walaupun ini dapatan luar negara, ia sejajar dengan perubahan sosial di Malaysia juga. Budaya lekafon bukan semata-mata tingkah laku anak-anak terhadap telefon, tetapi refleksi budaya digital yang semakin meresap ke dalam institusi keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Nazrina berpandangan langkah ke hadapan harus dilakukan dengan menyelesaikan krisis lekafon bukan tentang untuk menghapuskan teknologi namun penerapan dalam mengebalikan nilai interaksi manusia.

Antaranya, menurut beliau, keperluan untuk menunjukkan teladan dalam penggunaan teknologi secara sihat dan berhemah di samping mengunakan aplikasi bagi mengawal serta memantau anak-anak dalam menggunakan telefon.

“Cipta ruang tanpa teknologi seperti di meja makan, bilik tidur, dan bilik darjah serta mengamalkan waktu ‘digital sunset’ tanpa skrin satu jam sebelum tidur. Ada sekolah yang memperkenalkan zon tanpa telefon atau ‘hari detoks digital’. Sesetengah institusi pendidikan juga mengintegrasi topik kesejahteraan digital dan kecerdasan emosi dalam kurikulum.

“Kelakuan digital yang sihat bermula dari orang dewasa. Anak-anak akan belajar memandang ke mata dan melihat wajah ketika bercakap masih bernilai dan perlu. Masalah lekafon mungkin belum ketara bagi sesetengah pihak, tetapi impaknya mendalam kepada emosi, pencapaian akademik, dan sosial anak-anak.

“Teknologi akan kekal bersama kita. Soalnya ialah bagaimana ia digunakan. Cabarannya bukan membuang skrin, tetapi membimbing penggunaannya. Ibu bapa, pendidik dan pembuat dasar perlu berganding bahu membentuk generasi muda yang seimbang di antara digital dan manusiawi,” katanya.

Related Posts

Sinergi JKOM dan UKAS perkukuh komunikasi strategik, eratkan hubungan Persekutuan-Sarawak

KUCHING – Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan risau, saya berundur demi pemerkasaan gerak kerja Pemuda UMNO – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyeru kepada semua penyokongnya agar tidak risau dengan pengumuman beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Melaka. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam