KINABATANGAN – Penduduk Lamag menyuarakan harapan agar keperluan doktor dan pakar perubatan di Hospital Kinabatangan dapat ditambah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan.
Seorang penduduk Kinabatangan, Mariam Rahim, 65, berkata, kekurangan doktor dilihat menjejaskan kelancaran rawatan sehingga menyebabkan pesakit terpaksa mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kinabatangan.
“Mesti mau ada pakar atau doktor supaya senang sebab kalau tiada pakar, pesakit-pesakit ini akan dihantar ke Sandakan untuk rawatan,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Rabu.
Sementara itu, Ismail Makbul, 66, menyatakan keperluan doktor untuk ditempatkan di Hospital berkenaan bagi memendekkan masa menunggu selain meringankan kos sekiranya perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan.
“Kalau untuk kemajuan hospital ini memang perlu tambah doktor sebab kalau mahu ke Sandakan kewangan kami jadi tinggi dan menempuh sehingga 90 kilometer jarak jalan raya.
“Antara pakar yang boleh ditambah pakar perbidanan kerana seperti ibu mengandung kalau mahu melahirkan anak secara bedah, mereka terus dibawa ke HDOK Sandakan,” katanya.
Hospital Kinabatangan mula beroperasi pada 1999 yang terletak di DUN Lamag.
Pada PRK Lamag, kerusi ini menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Ismail Ayob (Miha) dan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan.
PRK Lamag dan Parlimen Kinabatangan dibuat susulan kematian penyandangnya, Allayarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Disember tahun lepas.
Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak
KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…
Lebih lanjut




