Portal berita sebar rombakan PDRM disiasat

PUTRAJAYA – Satu siasatan akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan sebuah portal yang menyiarkan berita mengenai rombakan besar-besaran dalam kepimpinan tertinggi polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis mengenai dakwaan portal berita berkenaan lebih kurang 4.59 petang hari, semalam.

Menurutnya, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam.

“Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian atau kemudahan rangkaian yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 dan penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan di Bawah Seksyen 505 (b), boleh dijatuhkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Rusdi menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut sehingga mampu mencetuskan ketegangan dan pergaduhan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan rombakan besar-besaran kepimpinan tertinggi PDRM.

Beliau menegaskan, PDRM tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

Dalam laporan tersebut, portal berita itu memetik sumber melaporkan, antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Portal berita juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi