Polis tahan dua lelaki tempatan disyaki dalang, keldai sindiket edar dadah

KOTA KINABALU – Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai dalang dan keldai sindiket pengedaran dadah di negeri ini pada 7 November lalu.

Suspek yang berusia 24 dan 28 tahun itu masing-masing bekerja sebagai penghantar makanan dan ejen insurans ditahan sepasukan polis di dua lokasi berlainan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, bertindak atas maklumat, tangkapan lelaki tempatan yang berjaya ditangkap sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur yang kemudian membawa kepada tangkapan lelaki kedua di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

“Dalam operasi tersebut, pihak polis merampas 23 kotak bungkusan dadah yang disyaki syabu dengan berat kasar 24.5 kilogram, bernilai sekitar RM784,000. 

“Rampasan itu ditemui dalam dua beg berzip dengan kunci kombinasi berwarna kelabu jenama ‘Bronsis’ yang dibawa suspek penghantar makanan.

“Suspek ditawarkan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan ‘Bos’ untuk mengambil dan menghantar dadah dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. 

“Bagi setiap kilogram syabu yang dibawa, suspek dijanjikan upah sebanyak RM1,000 dan ini merupakan kali kedua membawa masuk syabu yang kali pertama dilakukan di negeri jiran,” katanya dalam satu kenyataan media di laman Facebook rasmi Polis Sabah di sini pada Selasa.

Jauteh berkata, bertindak atas maklumat terhadap suspek itu membawa kepada tangkapan kedua iaitu suspek yang bekerja sebagai ejen insurans disyaki antara dalang sindiket pengedaran dadah di Sabah.

Menurutnya, syabu yang dirampas itu dipercayai mampu memenuhi permintaan sekitar 81,659 penagih untuk sekali penggunaan. 

Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama memiliki rekod di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (2020), manakala suspek kedua di bawah Sek.380 Kanun Keseksaan (2017).

“Saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati salah seorang daripadanya positif, manakala seorang lagi negatif.

“Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup sekiranya sabit kesalahan,” katanya. 

Related Posts

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

KOTA KINABALU – Sebanyak 11 penempatan setinggan berisiko tinggi kebakaran telah dikenal pasti di kawasan Kapayan. Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Maijol Mahap berkata, data itu adalah berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri