NGO Ikhlas kecewa tindakan pegawai khas MB Kedah berlagak ala samseng

ALOR SETAR – Sekretariat Sukarelawan Ikhlas Malaysia (Ikhlas) hari ini kecewa dengan tindakan seorang pegawai khas Menteri Besar Kedah yang bertindak ala samseng semasa menyelesaikan masalah penjaja pasar malam di Jalan Pegawai baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya sangat kesal atas tindakan yang tidak profesional pegawai khas itu yang boleh menjejaskan imej pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, badan bukan kerajaan tersebut telah turun padang dan bertemu dengan peniaga yang terlibat di kawasan berkenaan bagi mendapat gambaran yang sebenarnya.

“Saya rasa kecewa apabila mendapat maklumat dari peniaga dengan sikap pegawai berkenaan berkelakuan seperti mahu menunjuk kesombongan dalam menyelesaikan masalah peniaga.

‘Adalah menyedihkan apabila seorang MB mempunyai pegawai khas seperti itu hingga boleh menakutkan masyarakat untuk berunding dengan wakil MB itu. Jika rakyat takut untuk berurusan sampai bila masalah ini akan selesai,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Mohd Ridzuan, masalah ini bertambah tegang lagi apabila pegawai khas berkenaan didakwa turut membawa beberapa ayahanda kawasan dan ayahanda Pekida ke pasar malam itu.

“Persoalannya apakah tujuannya itu?

“Tindakan itu seolah-olah mencurahkan lagi minyak pada api dan ini boleh menimbulkan lagi ketegangan dan perselisihan faham di antara peniaga dengan pegawai MB itu,” katanya.

Pada 22 Oktober lalu, media melaporkan tular sebuah video di TikTok berkaitan perselisihan faham antara beberapa individu di pasar malam di Jalan Pegawai membabitkan pegawai khas Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun pegawai berkenaan itu tampil dan menafikan dakwaan mengasari wakil peniaga seperti yang ditularkan, sebaliknya mendakwa beliau turun hanya berbincang dengan ketua peniaga di situ.

Menurut Mohd Ridzuan, NGO hanya turun untuk menegur perkara yang tidak betul tanpa mengira kerajaan mana yang sedang memerintah pada hari ini.

“Sebagai NGO kami sudah pun aktif sejak lama lagi dan tidak timbul jika kami memihak kepada mana-mana blok politik. Malah semua peniaga di situ juga turut mempunyai fahaman politik masing-masing dan kami menghormatinya,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengucapkan berterima kasih kepada pihak polis yang turut memberi kerjasama dengan membuka kertas siasatan terhadap isu ini.

Related Posts

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

TAMBUNAN-  Pengusaha pertanian tempatan memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar negara.‎‎Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, Sabah memerlukan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

KUCHING – Ketegangan geopolitik dunia, konflik antarabangsa dan ketidaktentuan ekonomi global kini memberi tekanan langsung kepada kehidupan rakyat termasuk peningkatan kos sara hidup, harga makanan dan kos pengangkutan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

UMNO Rai Ulang Tahun Ke-80 di Istana Besar Johor, Imbau Sejarah Penubuhan Parti

UMNO Rai Ulang Tahun Ke-80 di Istana Besar Johor, Imbau Sejarah Penubuhan Parti

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

Kerajaan Sabah rancang tubuh unit khas pacu pertumbuhan ekonomi kreatif

Kerajaan Sabah rancang tubuh unit khas pacu pertumbuhan ekonomi kreatif