Polis kesan 172 pangkalan haram di Sungai Golok Kelantan-Thailand

KOTA BHARU – Polis mengesan sebanyak 172 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok Kelantan-Thailand membabitkan empat daerah yang dipercayai menjadi pintu masuk bagi aktiviti kegiatan penyeludupan termasuk dadah.

Antara daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, daripada jumlah berkenaan, Pasir Mas dan Tumpat merekodkan bilangan pangkalan haram paling banyak dan aktif.

Beliau berkata, jumlah pangkalan itu sentiasa berubah berdasarkan pemantauan yang dilakukan anggota polis di sempadan.

“Sebagai contoh sekiranya kita tumpu di kawasan ini, pangkalan haram kawasan berkenaan akan ditutup sementara waktu dan akan membuka pangkalan haram lain.

“Pasir Mas dan Tumpat adalah daerah ‘hotspot’ memandangkan daerah bersempadan dan kita akan memberi tumpuan lebih bagi mengekang aktiviti pengedaran dadah.

“Pada masa sama, kita juga memperketatkan kawalan sempadan bagi mengekang kemasukan bekalan dadah,” katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Sementara itu ketika ditanya berhubung dadah jenis Fentanil, Kok Chin berkata, tiada sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah jenis Fentanil dikesan dalam negara setakat ini.

“Hasil risikan dan maklumat juga mendapati dadah berkenaan tidak wujud dalam negara dan rampasan juga tiada setakat ini,” katanya.

Related Posts

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

PORT DICKSON – Latihan bersepadu antara agensi kini bukan lagi sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya suatu keperluan semakin mendesak seiring dengan risiko bencana yang kian kompleks. Selaras dengan itu, pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

KANOWIT – Penduduk di kawasan Ngemah terus menggesa agar projek Jalan Batu Luking ke Teluk disegerakan berikutan masalah akses jalan yang menjejaskan aktiviti harian serta sektor ekonomi setempat, khususnya pertanian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri