Lima atlet Para Sukma Kepala Batas terima insentif bernilai RM6,800

KEPALA BATAS – Lima atlet Pulau Pinang berkelahiran Kepala Batas, yang berjaya membawa pulang pingat bagi Para Sukan Malaysia (Para Sukma XXI) Sarawak 2024 baru-baru ini, diraikan dengan pemberian insentif bernilai RM6,800.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pemberian insentif dan sumbangan itu bertujuan untuk menjadi pencetus semangat kepada atlet supaya lebih berjaya di masa hadapan.

“Seperti yang saya telah janjikan akan memberikan insentif kejayaan kepada Anak Kepala Batas yang membawa pulang pingat dari Para Sukma.

“Atlet yang berjaya meraih pingat Emas menerima RM1,000, RM700 untuk pingat Perak manakala RM500 untuk pingat Gangsa untuk setiap pingat dimenangi,” katanya di laman Facebook rasminya.

Majlis Penyerahan Insentif Khas kepada Pemenang Pingat Para Sukma Sarawak 2024 Parlimen Kepala Batas itu telah disampaikan oleh wakil, Datin Seri Ismalina Ismail bertempat di Bertam Golf Resort, Kepala Batas.

Tambah Pengerusi Matrade itu, kesemua atlet tersebut berjaya membawa pulang satu pingat emas, empat pingat perak dan enam pingat gangsa sekaligus menyumbang kepada kejayaan Kontijen Negeri Pulau Pinang.

“Mohd Zulkiffli Mazeri berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa bagi sukan renang pelbagai peringkat, manakala Nur Farah Umaira Sharif Afindi berjaya meraih masing-masing satu pingat perak dan gangsa bagi acara sama.

“Muhammad Haris Fahmi Ahmad Hanafi berjaya mendapat pingat perak dan gangsa bagi sukan renang pelbagai peringkat, manakala Anis Humairaa Mohd Rasli bawa pulang satu pingat perak bagi acara memanah dan Muhammad Irfan Mashor raih pingat gangsa bagi acara lawn bowls,” ujarnya.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri