Polis Bera minta ‘Muhamad Harun’ tampil bantu siasat video tular

KUANTAN – Pemilik akaun Facebook ‘Muhamad Harun’ diminta tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, dengan segera berkaitan isu ditularkan akaun media sosial itu.

Pemilik akaun berkenaan memuat naik satu hantaran menerusi laman Facebook ‘Bera Unite’ sekitar jam 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, menerusi hantaran itu, penama mendakwa anggota polis hanya mengenakan tindakan terhadap orang Melayu tetapi tidak menahan orang Cina yang menunggang motosikal tanpa topi keledar.

“Mohon dia segera tampil membantu polis menjalankan siasatan lanjut, hantaran berkenaan menyatakan polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tidak menahan dua orang Cina yang tidak memakai topi keledar tetapi hanya menahan dua buah motosikal dinaiki orang Melayu sehingga motosikal mereka terpaksa ditolak ke balai polis.

“Individu itu turut mempersoalkan kenapa undang-undang itu hanya untuk orang Melayu dan turut mendakwa kejadian sama sering berlaku di Triang (dekat Bera),” katanya.

Zulkiflee berkata, pemilik FB tersebut diminta tampil memberi maklumat lanjut mengenai kenyataan dibuat di IPD Bera atau mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, tindakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 akan dikenakan jika individu berkenaan gagal memberi kerjasama kepada polis.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri