Peniaga, PBT perlu main peranan penuh tanggungjawab

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menasihati peniaga dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menjalankan fungsi masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

Dalam keghairahan menyambut lebaran, baginda bertitah, sudah pasti peniaga melipatgandakan usaha untuk sumber pendapatan dengan menawarkan barang niaga yang menarik perhatian pembeli.

“Apa juga bentuk urus niaga dijalankan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) disediakan, antaranya peniaga perlu memohon lesen atau permit perniagaan manakala PBT perlu menyediakan tempat khusus dan selamat untuk semua pihak.

“Apabila tiba pada suatu isu atau permasalahan, ia perlu diselesaikan dengan cara yang paling wajar serta tidak melibatkan sebarang kekecohan apatah lagi kecederaan,” titah baginda menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda turut menasihati peniaga di Pahang supaya mempunyai lesen dan mematuhi undang-undang ditetapkan.

Titah baginda, penguat kuasa perlu berhemah dalam segala tindakan manakala tindakan diambil perlu dipenuhi budi bicara tanpa membabitkan kerosakan atau kecederaan.

Sementara itu, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah meluangkan masa menziarahi peniaga belon yang terbabit dalam insiden dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kelmarin.

Muhammad Za’imuddin Azlan, 28, berasal dari Jerantut, Pahang dirawat di Hospital Serdang akibat kecederaan selepas bergelut dengan penguat kuasa DBKL.

Related Posts

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

KANOWIT – Program Randau Komuniti 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Nyanau Anak Taboh, Danau Changgan, Ulu Bawan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

LIMBANG – Sebahagian struktur bumbung dan siling di Klinik Kesihatan Kuala Medalam mengalami kerosakan teruk selepas dilanda angin kencang dalam satu kejadian, baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini