PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 di Ventiane

PUTRAJAYA – Kementerian Luar memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang dijadualkan berlangsung hari ini sehingga 11 Oktober di Vientiane, Laos.

Menurut kenyataan itu, Anwar akan menghadiri Sidang- Sidang Kemuncak antara Asean dan tujuh Rakan Dialog iaitu, Australia, China, Jepun, India,Korea, Amerika Syarikat dan Kanada.

Ia termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak Asean-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Selain itu, Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia, sesi-sesi sua muka antara pemimpin-pemimpin Asean dengan wakil-wakil daripada Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA), wakil-wakil Belia Asean dan Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ABAC).

“Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang- Sidang Kemuncak Berkaitan akan memberi peluang bagi Malaysia berkongsi perspektif negara secara aktif dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada Wisma Putra berkata, antara isu yang bakal diketengahkan ialah usaha pembangunan komuniti Asean dan Visi Komuniti Asean 2045, keamanan dan kestabilan rantau selain integrasi ekonomi serantau, ekonomi hijau, teknologi baharu dan baru muncul.

“Ini termasuk isu peralihan tenaga, keterjaminan makanan dan proses ke arah keahlian penuh Timor-Leste dalam Asean dan hubungan Asean dengan rakan-rakan luar.

“Malaysia juga akan menyatakan kedudukannya berkaitan isu Laut China Selatan, dan perkembangan di Myanmar, Palestin dan Timur Tengah,” katanya.

Ujarnya, penglibatan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan menzahirkan komitmen teguh negara terhadap Asean, usahanya untuk meningkatkan kerjasama dan integrasi serantau.

Semasa majlis penutup, Laos sebagai Pengerusi Asean semasa akan secara simbolik menyerahkan jawatan Pengerusi Asean kepada Malaysia.

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan Pengerusi Asean pada 1 Januari 2025.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi