PM arah KKM teliti semula tuntutan pengamal perubatan swasta

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk meneliti semula isu tuntutan pengamal perubatan berkaitan penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, isu tersebut timbul berikutan laporan pengamal perubatan mendakwa akta itu dilaksanakan tanpa perbincangan bersama pihak mereka.

“Mengenai isu pemaparan harga ubat di klinik-klinik swasta, hospital swasta dan farmasi, Perdana Menteri telah meminta supaya Menteri Kesihatan segera meneliti isu ini.

“Apa yang dibangkitkan melibatkan penggunaan Akta 723 iaitu Akta Antipencatutan iaitu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Jadi ada di kalangan doktor yang bertanya kenapa Akta tersebut digunakan dan bukan Akta 586 jadi Perdana Menteri telah meminta supaya perkara ini segera dijelaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, kerajaan menerusi Jadual 7 Akta 586 yang mengawal harga konsultasi ke atas klinik-klinik swasta ini akan diteliti dengan lebih lanjut.

“Yang berhormat Menteri Kesihatan telah memaklumkan bahawa persiapan kertas Jemaah Menteri telah dibuat dan dalam edaran, jadi kita jangka dalam tempoh satu atau dua minggu.

“Hal ini akan dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diputuskan perkara yang telah dibangkitkan oleh para doktor melalui Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah diambil tahu oleh Jemaah Menteri pada hari ini.

“Beberapa langkah segera telah dibuat oleh pihak KKM untuk memastikan pelaksanaan dasar pemaparan harga ubat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujarnya.

Pada Selasa, kira-kira 200 doktor dan pekerja kesihatan berhimpun di Laman Perdana berhampiran Bangunan Perdana Putra bagi membantah pelaksanaan peraturan mewajibkan klinik swasta serta farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan.

Wakil kumpulan itu tampil menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung bantahan terbabit.

Related Posts

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa beliau tidak melihat sebarang masalah dengan penggunaan slogan ‘Sabah for Sabahan’ oleh rakyat negeri ini. “Saya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

KUCHING – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan reformasi pendidikan yang sebenar bermula dari bilik darjah dan bukan sekadar perubahan dasar besar semata-mata. Menurut beliau, sambutan Hari Guru bukan sekadar perayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi