PKR Sarawak sokong tambah kerusi DUN jika selaras Perlembagaan Persekutuan, Negeri

KUCHING – “Cadangan penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak perlu dilaksanakan secara telus dan berpaksikan undang-undang serta Perlembagaan,” tegas Ketua Penerangan PKR Sarawak, Senator Abun Sui Anyit.

Menurut beliau, PKR Sarawak tidak menolak cadangan tersebut, namun menekankan setiap proses mesti mematuhi lunas perundangan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak.

“Tiada halangan untuk menambah kerusi DUN sekiranya ia dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Beliau berkata, berdasarkan Perkara 113, 116 dan 117 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menjalankan semakan semula persempadanan serta mencadangkan penambahan kerusi, namun ia perlu mendapat kelulusan rasmi DUN Sarawak dan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Negeri.

Tambahnya, Perkara 161E(2)(a) turut memperuntukkan bahawa tiada perubahan berkaitan struktur perwakilan negeri boleh dilakukan tanpa persetujuan DUN Sarawak, selaras dengan kedudukan istimewa negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Proses ini mestilah inklusif dan melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk rakyat, parti pembangkang dan kerajaan serta wakil masyarakat sivil,” ujarnya.

Abun Sui turut mengingatkan agar proses penambahan kerusi tidak dimanipulasi untuk kepentingan politik jangka pendek atau bagi mengukuhkan kedudukan mana-mana pihak tertentu.

Sebaliknya, katanya, prinsip keadilan pengundi, agihan penduduk yang saksama serta perwakilan kawasan luar bandar perlu diutamakan.

“KEADILAN Sarawak akan terus memantau dan mendesak agar proses ini dilaksanakan secara adil dan demokratik. Penambahan kerusi DUN boleh menjadi langkah positif sekiranya ia memperkukuh sistem perwakilan rakyat dan pembangunan seimbang di seluruh Sarawak,” katanya lagi.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Sarawak berhak mendapat wakil rakyat yang saksama demi kepentingan bersama.

“Rakyat Sarawak berhak diwakili secara saksama,” tegasnya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM